Patreon Page (Click the image)

Patreon Page (Click the image)
Help Support My Patreon!!

KHAIR (English Version)

KHAIR ( Malay Version)

Friday, November 27, 2015

Kelas Melukis Kartun, Komik dan Mewarna Bangi - Kajang ( Bermula Disember 2015 )

Assalamualaikum w.b.t.,

KELAS MELUKIS KARTUN, KOMIK DAN MEWARNA (DISEMBER 2015)



Tempat: 

Ace Learning Center,
12A, Jalan 4/11b, 
Seksyen 4 Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor.

Yuran:
RM89 (Termasuk pendaftaran dan yuran pengajian)

Tarikh:
1 Disember- 28 Disember 2015

Hari / Masa:
Isnin-Khamis : Sesi pagi (9-11 pagi), Sesi petang (2-4 ptg), Sesi petang (5-7 ptg)
Jumaat : CUTI
Sabtu & Ahad: Sesi petang (2-4 ptg) dan Sesi petang (5-7)

** Anda bebas memilih satu sesi dalam hari yang sama untuk anak anda selagi kuota masih ada. Setiap sesi terhad kepada 10 orang pelajar sahaja. Ini merupakan kelas mingguan. Jika anda memilih contohnya; hari Isnin sesi pagi, anda HANYA perlu menghantar anak anda pada hari Isnin sesi pagi setiap minggu berikutnya. 
*Ibu bapa tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
*Setiap pelajar dikehendaki mematuhi masa dan peraturan kelas.
*Umur anak anda perlulah dalam lingkungan 9-14 tahun pada tahun 2015.

Cara pembayaran:
Transfer/Cash deposit ke akaun MAYBANK
Penama: MOHD SHAFIQ BIN MOHD SOM
NO.Akaun: 158314133992

** Bayaran perlu dilakukan untuk booking tempat anak-anak anda.
** Selepas bayaran dibuat, sila hantarkan gambar resit sebagai bukti pembayaran ke Whatsapp: +6011-3705 5755 atau email: joejitakash@gmail.com atau ke mesej Facebook Page: The Comic Geek- Artist/Illustrator
** Selepas pembayaran dibuat dan anak anda tidak dapat menghadirkan diri seperti yang dijadualkan, bayaran tidak akan dikembalikan.

Maklumat yang perlu disertakan:

Nama anak:
Nama Penjaga:
Umur anak:
Jumlah anak yang menyertai kelas:
Bayaran:
Alamat rumah:
No.Telefon:

Friday, November 13, 2015

KOMIK UNTUK PENGIKLANAN (WhatsApp only: +6011-3705 5755)

Menyedari akan kepentingan content atau dalam istilah bahasanya isi kandungan dalam sesebuah website, saya kerap menerima pertanyaan dari para usahawan yang mahukan komik sebagai salah satu medium penyampai akan kelebihan produk yang mereka hasilkan. Kebanyakan usahawan sangat suka jika komik kreatif yang dihasilkan mampu menarik perhatian pengguna dan seterusnya menjana pulangan keuntungan yang lumayan.

Justeru, di sini saya ingin memberikan satu peluang kepada para usahawan untuk memiliki komik hakcipta anda sendiri berdasarkan jalan cerita dan dialog marketing anda. Kebanyakan komik marketing yang berbentuk advertising akan membuat pengguna berasa tertarik untuk membaca jika visual kelihatan cantik dan menawan hati selain dialog yang ringkas dan mudah di baca.

Antara brand popular yang menggunakan komik sebagai medium marketing ialah dUCkscarf oleh Vivy Yusof (FashionValet). Walaupun idea ini simple, olahan kisah Vivy mencari idea untuk design scarf ini melalui komik yang bertemakan English style (yang dihijabkan) membuatkan pengguna ternanti-nanti penghasilan produk ini selama berminggu-minggu. Hal ini membuatkan produk ini tampak eksklusif kerana hasil buah fikiran oleh pengasasnya sendiri.  Sebaik sahaja produk scarf ini dikeluarkan, produk ini laku keras dan habis dalam tempoh yang sangat singkat sahaja untuk keluaran pertama dan mendapat permintaan yang tinggi untuk keluaran-keluaran seterusnya. Sesiapa yang memiliki produk ini digelar sebagai ProudUCk. Jenama yang sangat eksklusif. Masya-Allah.




Lukisan komik dUCk scarf hakcipta oleh Fashionvalet.





 Komik hasil karya saya untuk sebuah produk Syarikat PhytoScience.



Hasil karya saya untuk Kempen Kesedaran Keselamatan Kilang Lafarge

Di sini saya ingin menggariskan beberapa keperluan asas sebelum komik dilukis. Melukis komik untuk sekadar hiburan dengan melukis komik untuk menyampaikan mesej pemasaran/pengiklanan adalah dua perkara berbeza walaupun kelihatan serupa.


Perkara-perkara asas yang saya perlukan:

1) Target audiens/pembaca
2) Idea
3) Kerangka cerita
4) Dialog
5) Watak

1) Target audiens:

Untuk memastikan komik bersesuaian dengan pembaca.

2) Idea:

Catchphrase atau punchline yang bersesuaian untuk membuat pembaca terpaut atau hooked. Ianya merupakan teknik penceritaan yang anda perlu cari untuk menambat hati audiens anda.

3) Kerangka cerita:

Kerangka cerita boleh disediakan dalam bentuk orang lidi dalam kotak-kotak panel. Dengan melakar orang lidi, anda akan memberikan kefahaman kepada saya sebagai pelukis komik untuk menyusun panel dan jalan cerita mengikut susunan  yang tertib dan sesuai serta memasukkan watak-watak dalam angle/sudut yang betul.

4. Dialog:

Dialog yang ringkas dan padat adalah yang paling mantap keberkesanannya. Berbeza dengan novel dan cerpen, komik adalah bacaan yang lebih berbentuk visual. Maka, tidak perlu dialog yang panjang. Sebaiknya, satu ayat yang berisi kurang daripada 7 patah kata adalah bagus untuk satu kotak dialog.

5. Watak:

Kenalkan watak anda kepada saya dari segi rupa paras, umur, gaya berpakaian, dan jantinanya. Saya akan membuat beberapa rekaan watak untuk anda pilih.


Harga komik pengiklanan

Pakej A:
- Rekaan watak
- Lakaran kasar komik
- Lakaran sebenar komik
- Inking
- Warna
- Edit 
- Memasukkan kotak dialog
- Memasukkan teks
- Fail dalam bentuk Ai atau PSD dan fail JPEG atau PNG
- Dua komik setiap minggu selama sebulan (8 cerita)
- RM 800 (deposit RM400 sebaik sahaja persetujuan dicapai)
- Satu cerita hanya satu mukasurat sahaja

Pakej B:
- Rekaan watak
- Lakaran kasar komik
- Lakaran sebenar komik
- Inking
- Warna
- Edit 
- Memasukkan kotak dialog
- Memasukkan teks
- Fail dalam bentuk Ai atau PSD dan fail JPEG atau PNG
- 4 komik seminggu selama sebulan (16 cerita)
- RM1200 (deposit RM600 sebaik sahaja persetujuan dicapai)


- Satu cerita hanya satu mukasurat sahaja

Pakej C: 
- Rekaan watak
- Lakaran kasar komik
- Lakaran sebenar komik
- Inking
- Warna
- Edit 
- Memasukkan kotak dialog
- Memasukkan teks
- Fail dalam bentuk Ai atau PSD dan fail JPEG atau PNG
- 4 buah komik selama dua bulan (32 cerita)
- RM2000 ( deposit RM1000 sebaik sahaja persetujuan dicapai).


- Satu cerita hanya satu mukasurat sahaja

Antara perkara-perkara lain yang perlu anda ambil kira:

- Saiz komik yang sesuai untuk paparan monitor/smartphone. Contohnya, jika untuk Instagram, anda perlu gunakan saiz kotak yang bersesuaian dan pastikan jalan cerita tamat dalam satu mukasurat komik yang boleh di view oleh pengguna. 

- Dateline: Jika ada tarikh tertentu untuk anda postkan komik tersebut, pastikan anda maklumkan lebih awal kepada saya untuk saya siapkan lebih awal dan tak mengganggu dateline anda.




Daftar dan Dapat $25

Daftar dan Dapat $25
Payoneer berfungsi seperti PayPal. Tapi lebih bagus daripada PayPal sebab boleh dapat duit bila refer orang lain join Payoneer