Nama sebenar aku Shafiq. Perjalanan hidup ni tak panjang. Selagi Allah bagi peluang bernafas, kita kena kejar masa yang Allah bagi dengan perkara2 bermanfaat untuk kita sendiri dan orang2 di sekeliling kita kan? Ramai orang tanya aku kenapa guna nama pena Joejitakash? Dah namanya pun nama pena kan? Kena la guna nama lain selain dari nama sebenar kita. sebenarnya, nama Joejitakash ni aku dah pakai sejak aku darjah dua lagi. Waktu tu ada pemain bola Jepun nama dia Takash ke pe benda entah. Kawan rapat aku yang saorang ni minat sangat dengan dia. Asyik cakap pasal mamat Takash tu je. Last2 aku dengar macam best je nama tu, aku pun terus je guna nama tu sebagai nama samaran untuk kerja2 artwork aku. Waktu tu zaman orang suka sangat komik Dragon Ball dan WWE (World Wrestling Entertainment). Kawan2 semua gilakan komik time tu. So, dengan bakat tak seberapa aku ni pun, aku mula melukis komik dalam buku2 latihan aku. Yang bestnya, ramai pulak orang minat cerita2 aku sebab watak2 dalam komik tu ada The Rock, Stone Cold, Undertaker yang berlawan dengan Son Goku, Bezita, Trunks, Goten, dan Pikor. Jalan cerita pulak ala2 Dragon Ball. Memang ramai la nak pinjam dan ada yang sanggup nk beli. Dulu komik aku jual 50sen je. Haha asal ada duit dah ok dah kan. Yang tak bestnya pulak, bila cikgu rampas, habis la dikoyakkannya buku aku tu. Kena rotan dah biasa la. Tapi alhamdulillah, sekarang bakat aku tu boleh digunakan untuk melukis kartun2 untuk sebarang events atau perniagaan. Kalau sape2 yang nak tempah kartun untuk kegunaan peribadi yang limited edition dan hak milik persendirian, sila la email aku kat: joejitakash@gmail.com
tahniah jojietakash kerna selangkah maju ke hadapan!
ReplyDeleteterima kasih boq chain.. tlg2 la promote blog aku dlm blog ko.. xpun kartun2 aku pon jadi r.. hehe
ReplyDeleteWow.. Sempoi la, Pit.. Nanti AG promote.. hehe.. :)
ReplyDeletePit.. kamu Follow la blog AG sekali.. pastu promote dalam blog kamu jgak.. Dalam blog AG, dah ade blogroll pasal blog kamu.. :)
ReplyDeleteHaii. sy ana. new blogger. blogwalking je nie :)
ReplyDeletehai ana, thanx sudi dtg jenguk2 kat sini! =)
ReplyDeletecantik nyeee..xtaw plak apit de bakat melukis ek.. t bley x lukiskan pic nora dgn husband nora utk anniversary kitaorg t??
ReplyDelete