Patreon Page (Click the image)

Patreon Page (Click the image)
Help Support My Patreon!!

KHAIR (English Version)

KHAIR ( Malay Version)

Thursday, December 20, 2012

Sunnah Orang Berjuang

Assalaamu'alaikum wbt.,

Poster ni saya buat berdasarkan lirik lagu Sunnah Orang Berjuang oleh Nada Murni. Siapa yang tak pernah dengar boleh la search  ye? Lagu die sayu dan sangat sedap. Masuk ke lubuk hati. Kalau nak share poster ni share lah. Moga2 dikalangan kita nanti akan bangkit pejuang2 agama. amiin..


Tuesday, December 18, 2012

Female Manga Hijabi Style!

Assalaamu'alaikum!

Ok, kali ni saya nak tunjuk skill mewarna ala manga pulak. Sebelum ni stroke  lukisan saya agak kasar sebab konon2 nak tiru gaya lukisan Marvel and  DC Comic. Yang penting saya nak pastikan yang tempahan lukisan tidak hanya dihadkan dalam satu gaya illustrasi sahaja. Maybe lepas ni nak master lukisan  gaya potret plak. ok peeps, kalau nak buat tempahan, sila email kepada saya  di joejitakash@gmail.com. Thank you!




Wednesday, December 12, 2012

Versi Kedua Man of Steel Concept art

Superman@Man of Steel manual inking, digital painting

Voila! Sori sebab buat die tegak je.. hehe.. 

Tuesday, December 11, 2012

Contact Me

Untuk tempahan, sila emailkan kepada saya di:

joejitakash@gmail.com

Monday, December 10, 2012

Man of Steel Trailer

Sempena penantian kita untuk trailer terbaru Man of Steel yang akan ditayang kan selama 2 minit sebelum filem The Hobbit, saya telah siap melukis concept art Man of Steel berdasarkan imaginasi saya. Ini baru konsep yang pertama. Ada satu lagi sedang dalam proses coloring! Hehe lambatnya filem The Hobbit ni keluar kan? Tunggu The Hobbit sebab trailer Man of Steel je! haha.. Ok, apa pendapat korang? Tinggalkan komen korang ok?!


Cool huh?!

Saturday, December 8, 2012

Video kartun kahwin

Assalaamu'alaikum,

Kali ini saya cuba membuat komik dalam bentuk video pula. Buat masa ini contoh adalah daripada storyline saya dan wife saya sewaktu mula2 kami berkenalan. Baru siap part 1. Sambungannya akan di buat dalam versi berwarna pula selepas ini in-sya-Allah. Kalau format video macam ni agak susah dan lambat untuk disiapkan. Caj untuk satu video belum ditetapkan lagi. Selepas saya tetapkan harga nanti saya akan umumkan.. Enjoy! Jangan menangis tau~!


                             

Monday, December 3, 2012

Sample Kartun Kahwin


Bismillaahirrohmaanirrohiim...

Assalaamu'alaikum w.b.t.,
Kehadapan para pembaca dan pelawat yang budiman. Kali ini aku titipkan lukisan bergenre romantik sebagai idea hadiah perkahwinan untuk di masukkan dalam goody bag atau dikompilasi menjadi kad kahwin yang menarik dan lain dari yang lain. 

Buat masa ini diriku sedang mencuba mempelajari pelbagai jenis lukisan kartun dan manga yang boleh mengabadikan kisah cinta kalian dalam format komik serta mengikut storyline kisah anda dan pasangan anda terutama bagi mereka yang bakal berumah tangga. Yang belum tu, cepat2 lah kawen. Best dowh kawen. Sape kawen lambat dan terjebak dalam kisah cinta fantasia khayalan syaitan memang amat rugi kerana balasan nya adalah neraka. Semoga kalian bertaubat, kawen cepat, dan hidup bahagia dunia akhirat. In sya Allah selamat.

Justeru, saya seperti nama di atas menyeru sidang redaksi sekalian membaca sample atau contoh komik air tangan saya yang sederhana best di bawah ini untuk menjadi komik kahwin anda dan pasangan. Kisah cinta ini hanyalah rekasaya sahaja kerana sangkut paut antara yang hidup dan mati langsung tiada. Kendatipun kad kahwin anda hilang serinya andai tiada idea best untuk diketengahkan. Kartun full colored seperti ini sesuai untuk save the date tarikh perkahwinan anda. tak ke comel gitu tuan2 puan2 yang dirahmati Allah sekalian?
Akhir kata, gayung bersahut, salam bersambut. Kurangkan fitnah, tambahkan dakwah. Moga aku tetap mara untuk rakyat Malaysia (aku pihak berkecuali. tidak terlibat dengan mana2 parti politik. Hanya menanti kemunculan Imam Mahdi dan cuba memperbaiki diri {setakat ini}).

Kesian, terima kasih. Salam ukhuwah, salam sejahtera.

Yang benar,
Fiq.

                              







bersambung...

Wednesday, November 28, 2012

Buat Isteri Tersayang

Aishah,

Kaulah penyeri hidup ku
Bukan lidah ku hunus tanda setia
Bukan janji tersemai tanpa baja
Lukisan simple ku lukis buat adinda
Kendatipun muke kartun ni tak sama
Yang penting kanda lukis berdasarkan dinda
Kaler baju dengan fashion sama sikit2 tu boleh la
Kalau happy maka senyumlah
Kalau benci dimaki janganlah
Kalau geram, gigit sikit okaylah
Biar bersama kita selamanya
Terabadi cinta bersama baby first kita..
YahoooOOOOooooo~lah kita seantero alam semesta
Jumpa Gaban kirim salam saja..
Kaler Pensel

Dakwah Melalui Kartun




Kartun ni sebenarnya saya lukis sebagai lukisan dakwah. Malangnya scanner takde. Tapi bersyukur juga dengan apa yang ada iaitu pensel kaler. Takpe, anggaplah ini permulaan yang baik untuk lukisan2 dakwah yang akan datang. Lepas ni, dengan keizinan Allah saya akan buat yang lain menggunakan komputer bia kaler lagi cun. Check lukisan2 saya yang berwarna sebelum dan selepas entry ni. Tapi baik tengok entry terbaru la sebab dah gune komputer semule. CMYK coloring tu!!! huhahaha~k, Kesian daripada saya, Assalaamu'alaikum.

p/s: sori kalo lukisan ni tak humor. Lain kali aku wat yang best lagi dan lagi..

Tuesday, November 27, 2012

Save the date (Cartoon/Comic)

Hadiah kahwin, Komik kahwin, Parody How I Met You Mother, Komik Cinta, Save the date cartoon

Contoh kartun pengantin. Siapa2 yang nak abadikan kisah mereka dalam bentuk kartun yang unik dan komik dengan  kisah cinta, boleh lah contact Fiq di email joejitakash@gmail.com atau facebook page saya http://www.facebook.com/TheComicGeek. Boleh juga menjadi kad kahwin anda (Save the date).

Komik kisah cinta


Contoh komik yang pernah Fiq buat untuk isteri Fiq: 
Tajuk komik ni ialah "How I Met You" 




Chapter 1 : Bagaimana Fiq jatuh cinta dengan dia. Aicewahhh~=p









Next, Chapter 2:





Lukisan Dakwah Islam


Marilah kita berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Moga apa sahaja amalan yang kita ikhlas niatkan kerana Allah mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak, In sya Allah.. amiin..


Thursday, August 30, 2012

People who enjoy their life versus people who don't


Haters gonna hate.
Links: 

Tuesday, August 28, 2012

Pengalaman di "Suasana Gangnam Raya"

Assalaamu'alaikum warohmatullahi wabarokaatuh, Fiq nak cerita sikit la pasal waktu kitorang rakam video "Suasana Gangnam Raya". Asalnya ACTH memang selalu buat gathering (according to my wife). Banyak video diorang yang Fiq pernah tengok sebelum Fiq jadi menantu keluarga ni lagi.Contoh macam Hari Ibu (untuk Mak Tok a.k.a Oppah Sexy Lady dan anak Oppah Sexy Lady yang dah jadi ibu=p) dan Family Day. Memang keakraban saudara mara diorang Fiq dapat rasa bila tengok video diorang masa tu. Dalam hati ni rasa mesti best bila jadi family diorang nanti..

Bila Fiq mula-mula join gathering, ada majlis potong jambul untuk anak abang dan kakak ipar seminggu lepas lahir. Waktu tu masih awkward lagi nak sembang-sembang dengan diorang sebab majlis tu disekalikan dengan majlis bacaan Yaasin dan berbuka puasa. Tak dapat nak sembang banyak dengan diorang. Ada jugak yang busy tak dapat datang. Malam pulak ada solat terawikh. Nak sembang, masih tak cam saudara mara isteri Fiq ni. maklumlah, ramai sangat diorang ni! huhuhu! 

Jadi yang buat andaian kitorang semua tak Islamic adalah salah. Bagi Fiq, ukhuwah kekeluargaan macam ni la contoh yang baik untuk orang sekarang ni. Yang terlompat-lompat menyanyi tu pun sebenarnya baru kali pertama dibuat. Itupun sekadar suka-suka. biasanya diorang berkumpul untuk majlis-majlis Islamic macam Majlis Berbuka Puasa, Hari Keluarga, Hari Ibu, Potong Jambul, Aqiqah... Banyak lagi laa... Kan Islamic tu tuan-tuan dan puan-puan. Lagipun, kami menjaga halal dan haram, jaga adab antara lelaki dan perempuan. Kan bagus tu. Berhenti la daripada memaki perkara yang anda tak tahu ye? Tapi yang tegur elok-elok tu mestilah kami hargai =).

Fiq seronok sangat bila raya baru ni dapat join diorang. Abang Pojie as cameraman (dia la co-founder ManggisTV) buatkan suasana makin meriah. Rupanya my wife cakap memang diorang dah cadang dah nak buat video dan kitorang kena miming/lip-sync lagu-lagu yang Abang Pojie dan Kak Yan pilih. Fiq mana la tau kan.. My wife tak maklumkan . Tapi korang jangan fikir bukan-bukan. Dorang semua bukan pernah dengar lagu Gangnam Style by PSY tu. Abang Pojie download lagu tu waktu nak pergi ke Bukit Beruntung kot...So, sesetengah pendapat di Youtube yang buat assumption kami ni K-Pop Mania adalah tertolak ye... 

Kami buat video tu dalam keadaan kami tak tau siapa penyanyi dia pun. Fiq pun Abang Pojie suruh buat, tapi segan sangat. Tak biasa lagi dengan diorang. Mula-mula kena lip-sync sorang-sorang Fiq tak boleh buat, lepas tu Ecah ajak buat sekali. Baru la selamber sikit (Fiq ni pemalu sikit =p). Lepas lagu raya pulak tiba-tiba diorang suruh buat Gangnam Dance pulak!! Adoooi!! hahaha memang tak nak la kalau kena buat depan mak dan ayah mertua.. Pakcik2 Makcik2 pun Fiq tak betul-betul kenal lagi. huhu.. 

Yang tak bestnya, Fiq tak join diorang sehari sebelum tu. Kalau tak mesti la rase lagi mesra dan selamber. hehehe boleh berGangnam sambil main mercun dengan budak-budak sekalian yang comel.Boleh tolong-tolong masak.. Fiq datang tengah hari waktu raya tu.. Petang sikit dah kena bertolak balik ke Perak. So, sekejap sangat la dapat lepak dengan diorang. Yang bestnya, walaupun sekejap, tetap rasa welcoming dari diorang. Best gila! Sporting habis! 



Fiq lukis 3 orang teruna macho anak Mak Jah. hehehe sebab apa? Sebab ramai yang berkenan. Hehehe lagipun Fiq suka part diorang. kamera punya angle pun smart gila. Maklumlah.. Abang Pojie dah otai kot.  Diorang pulak menari nmpak enjoy gila. Cool je.. 



Yang ni parody Pak Cik Hassan. Ada orang komen kat youtube panggil dia Pak Cik Pisau Paris. Sebab? Dia pegang pisau sambil menyanyi dan nyaris2 nak kena Esaq. Lepas tu pakai baju Paris pulak. hahaha gelak aku bace komen orang tu.


Mak Tok/Sexy Lady/Embun Ibrahim. Primadona yang cute! Hehehe..





Idea komik ni bercampur dengan idea dari Bik Intan dan sedara2 lain. hehehe gadis 3.20 siapa? Ne bleh bagitau!!! hahahhaa nak kena usaha la carik sendiri! huhahaha


 Like fanpage kami di Facebook: 

Saturday, August 25, 2012

Random: Suasana Raya Gangnam Style!


Keluarga baru Fiq yang sporting! Masuk Astro Awani terus sebab trending view kat youtube 
(40k views dalam 1 hari!!!)



Ni video asal. Selamat menonton!


My reaction? I was like,...



link kat atas ni ialah facebook production company yg record video kami. Sila like ok!? =)

Friday, August 17, 2012

Final product!!!

http://www.facebook.com/TheComicGeek






Background xfinalize lagi. Fiq siapkan jalan cerita dulu. =) 

Nampak macam kalau background putih pun dah ok kan?  hehe

Ok, selamat hari raya! Maaf zahir batin.


Wednesday, August 15, 2012

Khalifah Perang in The Making

 Assalaamu'alaikum dan salam sejahtera..

Fiq ade projek baru!!! Name projek ni (buat masa ni la) "Khalifah Perang". Tapi masih belum ada storyline lagi. Cuma yg Fiq bayangkan setakat ni Fiq nak buat kisah ni berdasarkan perang akhir zaman/ perang masa depan. Cuma nak olah jalan cerita yang betul2 menarik belum ada idea lagi. Sapa2 yang ada idea nak disumbangkan untuk menjayakan kisah ni, boleh la roger2 Fiq. Dah siap nanti Fiq nak bukukan dan cuba tembusi pasaran komik. InsyaAllah... mane la tau ada editor mane2 majalah or komik berminat nak publish citer ni nanti kan? hehe cita-cita kena ade. Baru la boleh berjaya. Aamin...


Ni sketch mula2 sekali. sambil buat sambil terbayang2 suasana perang yang berteknologi tinggi. cheeewah!! 





Inking. Fiq guna drawing pen 0.2 Artline 


Ni proposal untuk warna yang mula2 sekali.. Tapi kensel la.. Wife kate kureng.. ciss=p


Khalifah Perang

Ni final draft. huhu ade nampak mcm style The Dark Knight x? tgok pilihan warna pun ada asas2 warna Joker yang sebelah watak utama tu kan? yang belakang tak siap edit lagi..=p




Ni xkaler pun lagi.. Saboooo.. Buat satu2..=)





k, kalau sapa2 nk sumbang idea, bgtau je..  kalau sesuai, Fiq jadikan storyline!! Komen pleasssssse


Kalau nak komen kat Facebook pun boleh. Klik kat sini


Friday, February 17, 2012

KARAKTER CHIBI UNTUK BANNER BLOG

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Update blog Fiq kali ni ialah lukisan kartun chibi untuk saudari Fahriana. Beliau ingin menempah kartun untuk banner blog beliau yang akan menjual tudung dan shawl bermula pada bulan Mac tahun ini. Insya-Allah. Semoga berjaya dengan bisnes tersebut. Aamiiiin.. 


Fiq masih menanti balasan email daripada beliau samada beliau setuju dengan warna karakter ni atau kena adjust lagi sikit-sikit kan. Kalau karakter macam ni Fiq ambil masa 1 hari 1 malam untuk menyiapkannya. Tapi kalau rumit lagi mungkin kena ambil masa lebih lama la.


Untuk karakter berwarna ni Fiq caj RM30 je. Murah sangat dah tu nak berbanding pelukis lain. Hehe.. Saudari Fahriana membuat tempahan sebanyak dua karakter maka "masyuk'" la RM60. Alhamdulillah.. Kena banyak-banyak bersyukur biar Allah berkati rezeki kita. Kalau kita bersyukur, Allah akan buka lagi pintu rezeki kita seluas-luasnya. Allah sayang dengan hamba-hamba Dia yang tahu bersyukur.. kan?


Alright, bagi sape-sape yang nak menempah kartun chibi macam ni dengan Fiq kalau boleh sediakan palet warna yang anda mahu sekali. So, tak lah nanti banyak kali nak di ubah-ubah. Kerja pun cepat je siap. Macam saudari Fahriana, beliau mahukan warna yang sama tema dengan blog beliau. 


Jadi, Fiq guna lah warne pink, purple, ada brown sikit dan grey.

ok tak?


sebelum coloring
 selepas coloring. tadaaaAA!!! ( tiru style joker dalam the dark knight hehe!)


Kalau Fiq dah siapkan lagi satu karakter tu Fiq post lagi ye!? ok, sekian, terima kasih. Assalamu'alaikum! oh, ye.. salam sejahtera juge. =)


Daftar dan Dapat $25

Daftar dan Dapat $25
Payoneer berfungsi seperti PayPal. Tapi lebih bagus daripada PayPal sebab boleh dapat duit bila refer orang lain join Payoneer