Patreon Page (Click the image)

Patreon Page (Click the image)
Help Support My Patreon!!

KHAIR (English Version)

KHAIR ( Malay Version)

Monday, December 30, 2013

Poster | Download | Sunnah Nabi

Salam,

Poster ni bersaiz A3. 

Sesuai untuk di tampal di masjid-masjid sebagai peringatan umat Islam di Malaysia dan sesiapa sahaja yang pandai berbahasa Melayu.

Anda dibenarkan untuk mencetak sebanyak mana yang anda mahu bagi tujuan dakwah.

Anda dilarang meraih keuntungan dari poster ini KECUALI anda terdesak memerlukan duit atau seorang fakir miskin atau anak yatim.

CMYK color mode

Link download (printable file):

Mari kita berkongsi ilmu sesama kita. Anggaplah ianya sebagai satu sedeqah jariah yang bakal menjadi bekalan amal bertemu Rabbul Jaleel.

Sollu'alannabiy..

Preview file:



Saturday, December 28, 2013

KOMISYEN | UPAH MELUKIS KARTUN | DESIGN LOGO |



Wednesday, September 25, 2013

Komik Khair? | Buku Prima | Karangkraf

Assalaamu'alaikum dan salam sejahtera,

Dah lama saya tak tulis apa-apa dalam blog ni. Hanya post gambar je kan? Saya sekarang agak sibuk dengan pelbagai projek yang memerlukan perhatian saya sepenuhnya. Lagi pun sejak bergelar bapak abah ni rasa tak cukup tangan pulak nak buat macam-macam (main Facebook boleh pulak)

Terbaru, saya sedang menyiapkan proposal kahwin komik untuk Buku Prima Karangkraf. Tapi masih dalam peringkat sinopsis sahaja. Walaupun baru tahap sinopsis, saya ingin siapkan konsep lukisan sekali biar editor benar-benar paham dengan apa yang saya cuba lakukan dan meluluskan komik ni untuk diterbitkan. Maklumlah, ni lah kali pertama saya nak mencuba nasib dengan Karangkraf. Tapi editor Buku Prima, Puan Norfilzah memberi maklum balas positif dan sangat membantu meyakinkan saya untuk buat projek ni.

Baiklah, kat sini saya nak reveal sikit la apa yang saya tengah buat kan... huhu 

Saya diminta untuk buat cerita alam persekolahan kerana target pemnbaca saya adalah dari golongan atasan remaja. Tapi pihak editor yang sangat-sangat bermurah hati (kipas bos nampak?) melayan email saya tempoh hari mahukan saya terapkan nilai-nilai Islamik dalam komik saya nanti.

Pada mulanya saya membuat reseach sedikit di internet tentang komik-komik Islamik yang telah terbit di pasaran. Dan nampaknya antara yang mengungguli carta ialah Komik Takaza oleh tuan Sitrahaslee Jamil 


Takaza vol.1




Takaza vol.2



Tapi malangnya komik ni langsung tak de di pasaran area rumah saya. Dah habis rupanya. Jenuh saya bawak motor pergi mencari di Alamanda, Pustaka Rakyat, Warta dan Billion. Langsung takde. 

Last-last saya decide untuk beli dua buah komik yang lain iaitu  Kartini oleh pelukis legenda kita, tuan Tembakau,


Komik-M Kartini

dan juga Komik Misi 8A dari bestseller kita tuan Nazry Salam dan adik beliau Afiq Salam


Komik-M Misi 8A

Saya beli untuk dijadikan rujukan bila saya dah mula melukis komik saya tu nanti. Huhu idea dah ada sekarang ni, tapi saya kagum sangat dengan style lukisan komik Takaza. Tuan Sitrahaslee sangat otai bermain dengan angle dalam lukisan beliau selain ada pengaruh Bleach dan One Piece. Saya memang sukakan kedua-dua komik Jepun tersebut. Hehehe komik Kartini dan Misi 8A juga hebat. Sebab tu saya beli je kedua-duanya.

Oklah, sneak peek watak yang saya dah buat untuk komik saya ni sikit:

Nama komik yang saya cadangkan : Khair
Komik tentang: Alam remaja, cinta, sekolah dan diselit sedikit aksi.
Jenis: Komik berwarna, tak tau lagi berapa halaman.

Watak:


Khair

Ye, saya tau warna serban tu tak kena dengan jubah dia. Isteri fashionista  saya dah tegur tadi. Hahaha! Kalau saya pakaikan baju anak saya warna lain pun dia tegur jugak Yang penting siapkan contoh watak. Ye tak? Harap-harap puan editor suka. Amiin.. Doakanlah yang terbaik buat saya ye kawan-kawan...? 

Sekian, wassalaamu~


Sunday, September 22, 2013

KOMIK Dakwah | Kartun Kekeluargaan | Kartun Lawak








Sunday, July 28, 2013

Kelakian | Sexy | Hot


Wednesday, July 17, 2013

Loceng Pertama: HOSTEL





Joeji Takash

Monday, July 15, 2013

komik sains (gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan)

Bismillahir Rohmaanir Rohiim..

Assalaamu'alaikum. Fiq menerima tempahan komik sains baru-baru ini daripada seorang student yang ingin digunakan dalam thesis beliau. Alhamdulillah. Dapat siapkan dalam tempoh yang diberi. inilah hasilnya. Ada lagi satu muka sambungannya. Saja tak nak post.nak bagi contoh je. huhu untuk sebarang tempahan, sila email saya.






Monday, June 24, 2013

Jihad Calling for Syria




Sunday, June 23, 2013

Jerebu dan Azhari

Jerebu atau Kabus Ribut

Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), (10) Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata): Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan. (11) (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!. (12)


Surah Ad Dukhan pada ayat 10-12


Mari kita memohon pengampunan daripada Allah. Semoga dengan rahmat kasih sayang-Nya, diturunkan hujan rahmat dan bukan sebaliknya bala yang pedih teramat. InsyaAllah. Amiin..













Friday, June 21, 2013

Ramadhan Instagram

Ramadhan Kareem



Purity of both thought and action are emphasized whilst fasting. The Prophet Muhammad (pbuh) is reported to have said: “He who does not desist from obscene language and acting obscenely (during the period of fasting),Allah has no need that he does not eat or drink.”. The Prophet (pbuh) also said: “Fasting is not only from food and drink, fasting is to refrain from obscene (acts). If someone verbally abuses you or acts ignorantly toward you, say (to them) ‘I am fasting; I am fasting.”

Ahlan wasahlan yaa Ramadhan!

forever alone

Forever alone?

When we are very sad and we fear of something .... Allah SWT says:

 "Have no fear, for Allah is with us, then Allah sent down His peace upon him and strengthened him with forces which ye saw not and humbled." 

(QS At Taubah, the repentance 9:40)














Thursday, June 20, 2013

Lelaki vs Perempuan


Wednesday, June 19, 2013

Syria dan Kim Jong Kook

In Syria..... Meanwhile in Malaysia...

Monday, June 17, 2013

KOMIK "Pork Free"






Sunday, June 16, 2013

Logo Design

Assalaamu'alaikum w.b.t..

Saya akui saya masih mentah dalam bab2 design logo ni. Tapi itu bukanlah satu alasan yang relevan untuk tidak belajar melakukan sesuatu yang baru, betul tak? Insya Allah, dengan mempelajari teknk yang betul, usaha kita akan mendapat hasil yang menarik dan perhatian pihak yang berminat untuk mengambil kita bekerja. 

Logo-logo di bawah ni saya buat berdasarkan permintaan kawan-kawan sekolah saya untuk syarikat mereka. Kalau ada designer yang pakar nak komen pun saya boleh terima asalkan diberi kritikan yang membina! hehe


Logo Design (FB page: Muteara Solehah) 

Logo Design (Malaysia Apple Trader-1st Concept)


Logo Design (Malaysia Apple Trader-2nd Concept)



Logo Design (Malaysia Apple Trader-3rd Concept)


Masih dalam perubahan lagi. yang tengah apple tu xtau nak ganti dengan apa. huhu.. xde idea pulak sekarang ni. Tak apa, dengar lagu L'Arc en Ciel dulu~!



Tuesday, June 11, 2013

Wedding cartoon

Bismillahirrahmaanirrohiim..

Assalaamualaikum w.b.t.

Wedding cartoon kali ini menampilkan pastel color untuk beberapa pakej design. Design untuk 1 watak tanpa background pokok-pokok dan sebagainya saya jual dengan harga RM80. Contoh seperti di bawah:

Wedding cartoon ( The Bride/The Groom only)
RM80
Manakala untuk berpasangan seperti di bawah ni siap beserta degan background sekali saya jual dengan harga RM100 sahaja. Diskaun sebanyak RM50.  Sebelum ni saya jual dengan harga RM150. Ini memang tawaran khas buat bakal pengantin sekalian. 

Wedding Cartoon ( The Bride and The Groom+ Background)
RM100

Kalau anda rasa agak mahal untuk bajet anda, ada satu lagi pakej menarik buat anda. Saya jual dengan harga RM90 sahaja untuk background simple seperti di bawah.
Wedding Cartoon (Simple background)
RM90
Jadi, tunggu apa lagi?! Rebut lah peluang pakej lukisan wedding cartoon ini secepat mungkin! Emailkan pada saya di :

joejitakash@gmail.com

atau layari facebook saya di:


Wednesday, January 23, 2013

Downloads


Download komik:

1. Komik Azab Neraka (Lama)


Monday, January 21, 2013

Komik Strip Keluarga Azhari 3




Fiq dah siapkan lukisan. Cuma tinggal nak edit dan coloring je. Comel tak yang peluk kucen tu?! heeeeeeee~ Nak bagi nama awek tu Haifa. Kucen tu pulak nak bagi nama Am. Sesuai tak agak2? hehehe


Komik Strip Keluarga Azhari 2


Kepada abang-abang kakak-kakak yang ramai adik beradik tu, tunjuk ajar lah pada mereka cara-cara solat yang betul sekiranya ada ilmu di dada. Sekiranya rasa masih belum cukup ilmu kita, tambahkanlah. Moga2 dapat manfaat untuk diri kita dan orang lain. Allah pasti membalas kebaikan dengan kebaikan. In-sya-Allah..


Sunday, January 20, 2013

KOMIK STRIP KELUARGA AZHARI 1






Daftar dan Dapat $25

Daftar dan Dapat $25
Payoneer berfungsi seperti PayPal. Tapi lebih bagus daripada PayPal sebab boleh dapat duit bila refer orang lain join Payoneer