Patreon Page (Click the image)

Patreon Page (Click the image)
Help Support My Patreon!!

KHAIR (English Version)

KHAIR ( Malay Version)

Wednesday, September 25, 2013

Komik Khair? | Buku Prima | Karangkraf

Assalaamu'alaikum dan salam sejahtera,

Dah lama saya tak tulis apa-apa dalam blog ni. Hanya post gambar je kan? Saya sekarang agak sibuk dengan pelbagai projek yang memerlukan perhatian saya sepenuhnya. Lagi pun sejak bergelar bapak abah ni rasa tak cukup tangan pulak nak buat macam-macam (main Facebook boleh pulak)

Terbaru, saya sedang menyiapkan proposal kahwin komik untuk Buku Prima Karangkraf. Tapi masih dalam peringkat sinopsis sahaja. Walaupun baru tahap sinopsis, saya ingin siapkan konsep lukisan sekali biar editor benar-benar paham dengan apa yang saya cuba lakukan dan meluluskan komik ni untuk diterbitkan. Maklumlah, ni lah kali pertama saya nak mencuba nasib dengan Karangkraf. Tapi editor Buku Prima, Puan Norfilzah memberi maklum balas positif dan sangat membantu meyakinkan saya untuk buat projek ni.

Baiklah, kat sini saya nak reveal sikit la apa yang saya tengah buat kan... huhu 

Saya diminta untuk buat cerita alam persekolahan kerana target pemnbaca saya adalah dari golongan atasan remaja. Tapi pihak editor yang sangat-sangat bermurah hati (kipas bos nampak?) melayan email saya tempoh hari mahukan saya terapkan nilai-nilai Islamik dalam komik saya nanti.

Pada mulanya saya membuat reseach sedikit di internet tentang komik-komik Islamik yang telah terbit di pasaran. Dan nampaknya antara yang mengungguli carta ialah Komik Takaza oleh tuan Sitrahaslee Jamil 


Takaza vol.1




Takaza vol.2



Tapi malangnya komik ni langsung tak de di pasaran area rumah saya. Dah habis rupanya. Jenuh saya bawak motor pergi mencari di Alamanda, Pustaka Rakyat, Warta dan Billion. Langsung takde. 

Last-last saya decide untuk beli dua buah komik yang lain iaitu  Kartini oleh pelukis legenda kita, tuan Tembakau,


Komik-M Kartini

dan juga Komik Misi 8A dari bestseller kita tuan Nazry Salam dan adik beliau Afiq Salam


Komik-M Misi 8A

Saya beli untuk dijadikan rujukan bila saya dah mula melukis komik saya tu nanti. Huhu idea dah ada sekarang ni, tapi saya kagum sangat dengan style lukisan komik Takaza. Tuan Sitrahaslee sangat otai bermain dengan angle dalam lukisan beliau selain ada pengaruh Bleach dan One Piece. Saya memang sukakan kedua-dua komik Jepun tersebut. Hehehe komik Kartini dan Misi 8A juga hebat. Sebab tu saya beli je kedua-duanya.

Oklah, sneak peek watak yang saya dah buat untuk komik saya ni sikit:

Nama komik yang saya cadangkan : Khair
Komik tentang: Alam remaja, cinta, sekolah dan diselit sedikit aksi.
Jenis: Komik berwarna, tak tau lagi berapa halaman.

Watak:


Khair

Ye, saya tau warna serban tu tak kena dengan jubah dia. Isteri fashionista  saya dah tegur tadi. Hahaha! Kalau saya pakaikan baju anak saya warna lain pun dia tegur jugak Yang penting siapkan contoh watak. Ye tak? Harap-harap puan editor suka. Amiin.. Doakanlah yang terbaik buat saya ye kawan-kawan...? 

Sekian, wassalaamu~


No comments:

Post a Comment

Daftar dan Dapat $25

Daftar dan Dapat $25
Payoneer berfungsi seperti PayPal. Tapi lebih bagus daripada PayPal sebab boleh dapat duit bila refer orang lain join Payoneer