Patreon Page (Click the image)

Patreon Page (Click the image)
Help Support My Patreon!!

KHAIR (English Version)

KHAIR ( Malay Version)

Showing posts with label illustrasi komik. Show all posts
Showing posts with label illustrasi komik. Show all posts

Friday, September 9, 2016

Portfolio Design Bulan September 2016


Berikut merupakan hasil design dan ilustrasi untuk bulan September 2016. 

Tempahan sentiasa dibuka dan boleh dibuat melalui WhatsApp atau pilihan di bawah:

Page FB: https://www.facebook.com/TheComicGeek
Instagram: https://www.instagram.com/thecomicgeekartist/
Emel: joejitakash@gmail.com
WhatsApp: 011-3705 5755




Fashion Illustration

Fashion Illustration

Logo Design

Greetings and Wishes (Business Promotion) 




Design Book Cover

Scarf Logo Design

Vector Hijab Model Design

Chibi Muslimah

Chibi Muslimah Design

Cover Comic Design

Laundry Logo Design

Logo Design - First Draft

Logo Design - Final

Icon Character Design - Laundry Lady
Character Design- Dr. Hannan







Friday, July 22, 2016

KOLEKSI KOMIK SUAMI ISTERI



Komik Suami Isteri

Komik Suami Isteri Romantik

Komik Suami Isteri

Komik Keluarga

Komik Suami Isteri



Kasih Ibu



Komik Bapa

Komik Keluarga

Komik Suami Isteri X-Men

Komik Menantu

Komik Redha Suami

Friday, November 27, 2015

Kelas Melukis Kartun, Komik dan Mewarna Bangi - Kajang ( Bermula Disember 2015 )

Assalamualaikum w.b.t.,

KELAS MELUKIS KARTUN, KOMIK DAN MEWARNA (DISEMBER 2015)



Tempat: 

Ace Learning Center,
12A, Jalan 4/11b, 
Seksyen 4 Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor.

Yuran:
RM89 (Termasuk pendaftaran dan yuran pengajian)

Tarikh:
1 Disember- 28 Disember 2015

Hari / Masa:
Isnin-Khamis : Sesi pagi (9-11 pagi), Sesi petang (2-4 ptg), Sesi petang (5-7 ptg)
Jumaat : CUTI
Sabtu & Ahad: Sesi petang (2-4 ptg) dan Sesi petang (5-7)

** Anda bebas memilih satu sesi dalam hari yang sama untuk anak anda selagi kuota masih ada. Setiap sesi terhad kepada 10 orang pelajar sahaja. Ini merupakan kelas mingguan. Jika anda memilih contohnya; hari Isnin sesi pagi, anda HANYA perlu menghantar anak anda pada hari Isnin sesi pagi setiap minggu berikutnya. 
*Ibu bapa tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
*Setiap pelajar dikehendaki mematuhi masa dan peraturan kelas.
*Umur anak anda perlulah dalam lingkungan 9-14 tahun pada tahun 2015.

Cara pembayaran:
Transfer/Cash deposit ke akaun MAYBANK
Penama: MOHD SHAFIQ BIN MOHD SOM
NO.Akaun: 158314133992

** Bayaran perlu dilakukan untuk booking tempat anak-anak anda.
** Selepas bayaran dibuat, sila hantarkan gambar resit sebagai bukti pembayaran ke Whatsapp: +6011-3705 5755 atau email: joejitakash@gmail.com atau ke mesej Facebook Page: The Comic Geek- Artist/Illustrator
** Selepas pembayaran dibuat dan anak anda tidak dapat menghadirkan diri seperti yang dijadualkan, bayaran tidak akan dikembalikan.

Maklumat yang perlu disertakan:

Nama anak:
Nama Penjaga:
Umur anak:
Jumlah anak yang menyertai kelas:
Bayaran:
Alamat rumah:
No.Telefon:

Friday, November 13, 2015

KOMIK UNTUK PENGIKLANAN (WhatsApp only: +6011-3705 5755)

Menyedari akan kepentingan content atau dalam istilah bahasanya isi kandungan dalam sesebuah website, saya kerap menerima pertanyaan dari para usahawan yang mahukan komik sebagai salah satu medium penyampai akan kelebihan produk yang mereka hasilkan. Kebanyakan usahawan sangat suka jika komik kreatif yang dihasilkan mampu menarik perhatian pengguna dan seterusnya menjana pulangan keuntungan yang lumayan.

Justeru, di sini saya ingin memberikan satu peluang kepada para usahawan untuk memiliki komik hakcipta anda sendiri berdasarkan jalan cerita dan dialog marketing anda. Kebanyakan komik marketing yang berbentuk advertising akan membuat pengguna berasa tertarik untuk membaca jika visual kelihatan cantik dan menawan hati selain dialog yang ringkas dan mudah di baca.

Antara brand popular yang menggunakan komik sebagai medium marketing ialah dUCkscarf oleh Vivy Yusof (FashionValet). Walaupun idea ini simple, olahan kisah Vivy mencari idea untuk design scarf ini melalui komik yang bertemakan English style (yang dihijabkan) membuatkan pengguna ternanti-nanti penghasilan produk ini selama berminggu-minggu. Hal ini membuatkan produk ini tampak eksklusif kerana hasil buah fikiran oleh pengasasnya sendiri.  Sebaik sahaja produk scarf ini dikeluarkan, produk ini laku keras dan habis dalam tempoh yang sangat singkat sahaja untuk keluaran pertama dan mendapat permintaan yang tinggi untuk keluaran-keluaran seterusnya. Sesiapa yang memiliki produk ini digelar sebagai ProudUCk. Jenama yang sangat eksklusif. Masya-Allah.




Lukisan komik dUCk scarf hakcipta oleh Fashionvalet.





 Komik hasil karya saya untuk sebuah produk Syarikat PhytoScience.



Hasil karya saya untuk Kempen Kesedaran Keselamatan Kilang Lafarge

Di sini saya ingin menggariskan beberapa keperluan asas sebelum komik dilukis. Melukis komik untuk sekadar hiburan dengan melukis komik untuk menyampaikan mesej pemasaran/pengiklanan adalah dua perkara berbeza walaupun kelihatan serupa.


Perkara-perkara asas yang saya perlukan:

1) Target audiens/pembaca
2) Idea
3) Kerangka cerita
4) Dialog
5) Watak

1) Target audiens:

Untuk memastikan komik bersesuaian dengan pembaca.

2) Idea:

Catchphrase atau punchline yang bersesuaian untuk membuat pembaca terpaut atau hooked. Ianya merupakan teknik penceritaan yang anda perlu cari untuk menambat hati audiens anda.

3) Kerangka cerita:

Kerangka cerita boleh disediakan dalam bentuk orang lidi dalam kotak-kotak panel. Dengan melakar orang lidi, anda akan memberikan kefahaman kepada saya sebagai pelukis komik untuk menyusun panel dan jalan cerita mengikut susunan  yang tertib dan sesuai serta memasukkan watak-watak dalam angle/sudut yang betul.

4. Dialog:

Dialog yang ringkas dan padat adalah yang paling mantap keberkesanannya. Berbeza dengan novel dan cerpen, komik adalah bacaan yang lebih berbentuk visual. Maka, tidak perlu dialog yang panjang. Sebaiknya, satu ayat yang berisi kurang daripada 7 patah kata adalah bagus untuk satu kotak dialog.

5. Watak:

Kenalkan watak anda kepada saya dari segi rupa paras, umur, gaya berpakaian, dan jantinanya. Saya akan membuat beberapa rekaan watak untuk anda pilih.


Harga komik pengiklanan

Pakej A:
- Rekaan watak
- Lakaran kasar komik
- Lakaran sebenar komik
- Inking
- Warna
- Edit 
- Memasukkan kotak dialog
- Memasukkan teks
- Fail dalam bentuk Ai atau PSD dan fail JPEG atau PNG
- Dua komik setiap minggu selama sebulan (8 cerita)
- RM 800 (deposit RM400 sebaik sahaja persetujuan dicapai)
- Satu cerita hanya satu mukasurat sahaja

Pakej B:
- Rekaan watak
- Lakaran kasar komik
- Lakaran sebenar komik
- Inking
- Warna
- Edit 
- Memasukkan kotak dialog
- Memasukkan teks
- Fail dalam bentuk Ai atau PSD dan fail JPEG atau PNG
- 4 komik seminggu selama sebulan (16 cerita)
- RM1200 (deposit RM600 sebaik sahaja persetujuan dicapai)


- Satu cerita hanya satu mukasurat sahaja

Pakej C: 
- Rekaan watak
- Lakaran kasar komik
- Lakaran sebenar komik
- Inking
- Warna
- Edit 
- Memasukkan kotak dialog
- Memasukkan teks
- Fail dalam bentuk Ai atau PSD dan fail JPEG atau PNG
- 4 buah komik selama dua bulan (32 cerita)
- RM2000 ( deposit RM1000 sebaik sahaja persetujuan dicapai).


- Satu cerita hanya satu mukasurat sahaja

Antara perkara-perkara lain yang perlu anda ambil kira:

- Saiz komik yang sesuai untuk paparan monitor/smartphone. Contohnya, jika untuk Instagram, anda perlu gunakan saiz kotak yang bersesuaian dan pastikan jalan cerita tamat dalam satu mukasurat komik yang boleh di view oleh pengguna. 

- Dateline: Jika ada tarikh tertentu untuk anda postkan komik tersebut, pastikan anda maklumkan lebih awal kepada saya untuk saya siapkan lebih awal dan tak mengganggu dateline anda.




Thursday, October 29, 2015

KERJA ILLUSTRASI BERSAMA DBP

 Dua minggu sudah, saya mendapat satu job daripada Editor DBP. Job yang perlu disiapkan dalam sehari!!! FUH! Memang rush sungguh. Tapi saya mbik juga job tu sebab memikirkan keperluan kewangan di kala ekonomi menghadapi gawat.

Ilustrai ini adalah untuk majalah Dewan Pelajar. Dah berdekad saya tak beli majalah ni. Time sekolah dulu puun banyak baca kat library je. hehe.


 Ilustrasi ini diminta untuk dibuat memanjang. Saya silap paham, jadi saya buat bentuk portrait bukan landscape. Diorang cropped je penyudahnya. huhu Sayang je drawing teddy bear tu cantik bawah dia. yang roti tu pulak sebenarnya ada epal, air dan mentega kat atas meja tu. huhu tak pelah..

Illustrasi asal. Dah la rumput tu amik masa lama nak buat. huhu.. Kalau saya tahu, memang saya maleh nak buat rumput tu. Sayang betul. 

 Yang kena culik tu je saya lukis. Kerja rush sangat tengoklah line art pun macam apa je. Saya sendiri tak puas hati sebab saya boleh buat lebih baik kalau diberi masa yang mencukupi,

 Dalam ilustrasi asal, kereta tu sepatutnya sebelah kanan kita. Diorang reflect kan je. haha..

 Waktu saya lukis gambar ni saya teringat waktu exam kat sekolah dulu saya tertanya-tanya.. "Siapalah gamaknya orang yang lukis kat dalam kertas soalan exam ni ek?"
Kali ni saya dapat peluang tu walaupun sekadar latihan. huhu.. Alhamdulillah. Dapatlah pengalaman sikit.

 Gambar ni sebenarnya 5 gambar berbeza yang saya cantum jadi satu. Itu pun last minit buat sebab mula-mula memang saya sangkakan yang soalan ni kena ada 5 gambar dalam kotak berbeza. Nasib baik Puan Editor memberitahu sebelum saya emailkan gambar ni.

Komik ni saya ikut je berdasarkan dialog dan dikripsi cerita. Saya hanya lukis dan warna. Yang layout dan tulis dialog pe semua orang lain.


Walaupun diminta buat dalam sehari je, saya terpaksa siapkan dalam dua hari. Tu pun asyik berjaga sampai subuh, Kepala sakit, badan pun sakit tak cukup tidur. Bayaran belum dapat lagi. Sedang menanti. Saya tak tahu berapa akan dapat tapi saya harap DBP bayar sebaiknya lah dengan usaha saya kan? Amin. Lagipun setahu saya, DBP bayar paling tinggi sekali di kalangan publisher lain di Malaysia. Cuma bayaran tu lambat dapat la kan? hehehe Takpe, rezeki tu rahsia Allah. Moga Allah beri keberkatan atas rezeki kami sekeluarga, amiin.

Saya ada minta kat Puan Editor untuk beri saya ruang berkarya lagi dalam majalah DBP. Tak pasti samada DBP setuju atau tak. Harap Puan Editor tak lupa permintaan saya tu. Heeeee..!!!

Thursday, October 8, 2015

Kelas Melukis Kartun dan Mewarna 2015 (Bangi-Kajang)





Klik gambar untuk ke page kami


Group Facebook: https://www.facebook.com/groups/Kelas.Lukisan.Bangi.Kajang/
Kelas Melukis Kartun dan Mewarna

Tempat: 

Ace Learning Center,
24, Jalan 4/11b, 
Seksyen 4 Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor.

Yuran:
RM69 (Termasuk pendaftaran, alat tulis dan yuran pengajian)

Tarikh:
21 November-24 November 2015

Masa:
Sesi pagi (9-11 pagi)
Sesi tengah hari (2-4 ptg)
Sesi petang (5-7 ptg)
Sesi malam (8-10 malam)
** Anda bebas memilih satu sesi untuk anak anda selagi kuota masih ada. Setiap sesi terhad kepada 10 orang pelajar sahaja. 

*Ibu bapa tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
*Setiap pelajar dikehendaki mematuhi masa dan peraturan kelas.
*Umur anak anda perlulah dalam lingkungan 9-14 tahun pada tahun 2015.

Cara pembayaran:
Transfer/Cash deposit ke akaun MAYBANK
Penama: MOHD SHAFIQ BIN MOHD SOM
NO.Akaun: 158314133992

** Bayaran perlu dilakukan untuk booking tempat anak-anak anda.
** Selepas bayaran dibuat, sila hantarkan gambar resit sebagai bukti pembayaran ke Whatsapp: +6011-1120 1660 atau email: joejitakash@gmail.com atau ke mesej Facebook Page: The Comic Geek- Artist/Illustrator
** Selepas pembayaran dibuat dan anak anda tidak dapat menghadirkan diri seperti yang dijadualkan, bayaran tidak akan dikembalikan.

Maklumat yang perlu disertakan:

Nama anak:
Nama Penjaga:
Umur anak:
Jumlah anak yang menyertai kelas:
Bayaran:
Alamat rumah:
No.Telefon:


Print

Friday, July 31, 2015

Poster "Sunnah Nabi Kita"

Assalaamu'alaikum dan Eid Mubarak semua! Maaf kerana lama tidak menulis. Sibuk dengn kerja.

Insya-Allah, saya berniat untuk memberi free gift seperti ini setiap bulan bagi sesiapa yang berminat membuat amal jariah. Design ini adalah bukan untuk dijual dan sudi2kanlah diri mencetak poster ini bagi kesedaran orang ramai tentang sunnah Rasulullah. Masih banyak sunnah Baginda yang tak termuat dalam poster ini. Mungkin saya akan design satu lagi poster jika masa mengizinkan kelak bagi memuatkan lebih banyak sunnah Baginda Rasul yang banyak kita tinggalkan. Moga bermanfaat. 


“Barang siapa yang mengamalkan sunnahku berarti dia mencintaiku, dan barang siapa yang mencintaiku maka dia akan di surga bersamaku.”. “Semua orang dari ummatku akan masuk surga kecuali yang menolak.” Para sahabat bertanya, “Siapakah yang menolak ya Rasullullah SAW ?” Nabi SAW menjawab, “Mereka yang menolak Sunnahku.” (Al Hadits).


Saiz poster: A3

Harga: Free of Charge (PERCUMA)

Format: PNG

Jenis warna: CMYK (Cetakan kemas)

Fungsi: Info Islamik yang sesuai di gantung di rumah, pejabat, musolla, masjid dan sekolah bagi tujuan pendidikan dan kempen kesedaran.

Sila klik gambar untuk download fail beresolusi tinggi 300dpi bagi mendapat format yang lebih jelas dan sesuai untuk cetakan anda. 

(Fail ini bukan untuk dijual. Anda dilarang daripada membuat keuntungan darinya melainkan mendapat hakcipta daripada saya)



Andai anda mahu menderma kepada designer, bagi membantu melancarkan proses mencipta poster-poster baru, boleh lah berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan anda ke ;


AKAUN MAYBANK

MOHD SHAFIQ BIN MOHD SOM

158314133992

Jazakallah khairan kathira. Semoga amal kami yang sedikit ini diterima oleh-Mu ya Allah.




Wednesday, September 25, 2013

Komik Khair? | Buku Prima | Karangkraf

Assalaamu'alaikum dan salam sejahtera,

Dah lama saya tak tulis apa-apa dalam blog ni. Hanya post gambar je kan? Saya sekarang agak sibuk dengan pelbagai projek yang memerlukan perhatian saya sepenuhnya. Lagi pun sejak bergelar bapak abah ni rasa tak cukup tangan pulak nak buat macam-macam (main Facebook boleh pulak)

Terbaru, saya sedang menyiapkan proposal kahwin komik untuk Buku Prima Karangkraf. Tapi masih dalam peringkat sinopsis sahaja. Walaupun baru tahap sinopsis, saya ingin siapkan konsep lukisan sekali biar editor benar-benar paham dengan apa yang saya cuba lakukan dan meluluskan komik ni untuk diterbitkan. Maklumlah, ni lah kali pertama saya nak mencuba nasib dengan Karangkraf. Tapi editor Buku Prima, Puan Norfilzah memberi maklum balas positif dan sangat membantu meyakinkan saya untuk buat projek ni.

Baiklah, kat sini saya nak reveal sikit la apa yang saya tengah buat kan... huhu 

Saya diminta untuk buat cerita alam persekolahan kerana target pemnbaca saya adalah dari golongan atasan remaja. Tapi pihak editor yang sangat-sangat bermurah hati (kipas bos nampak?) melayan email saya tempoh hari mahukan saya terapkan nilai-nilai Islamik dalam komik saya nanti.

Pada mulanya saya membuat reseach sedikit di internet tentang komik-komik Islamik yang telah terbit di pasaran. Dan nampaknya antara yang mengungguli carta ialah Komik Takaza oleh tuan Sitrahaslee Jamil 


Takaza vol.1




Takaza vol.2



Tapi malangnya komik ni langsung tak de di pasaran area rumah saya. Dah habis rupanya. Jenuh saya bawak motor pergi mencari di Alamanda, Pustaka Rakyat, Warta dan Billion. Langsung takde. 

Last-last saya decide untuk beli dua buah komik yang lain iaitu  Kartini oleh pelukis legenda kita, tuan Tembakau,


Komik-M Kartini

dan juga Komik Misi 8A dari bestseller kita tuan Nazry Salam dan adik beliau Afiq Salam


Komik-M Misi 8A

Saya beli untuk dijadikan rujukan bila saya dah mula melukis komik saya tu nanti. Huhu idea dah ada sekarang ni, tapi saya kagum sangat dengan style lukisan komik Takaza. Tuan Sitrahaslee sangat otai bermain dengan angle dalam lukisan beliau selain ada pengaruh Bleach dan One Piece. Saya memang sukakan kedua-dua komik Jepun tersebut. Hehehe komik Kartini dan Misi 8A juga hebat. Sebab tu saya beli je kedua-duanya.

Oklah, sneak peek watak yang saya dah buat untuk komik saya ni sikit:

Nama komik yang saya cadangkan : Khair
Komik tentang: Alam remaja, cinta, sekolah dan diselit sedikit aksi.
Jenis: Komik berwarna, tak tau lagi berapa halaman.

Watak:


Khair

Ye, saya tau warna serban tu tak kena dengan jubah dia. Isteri fashionista  saya dah tegur tadi. Hahaha! Kalau saya pakaikan baju anak saya warna lain pun dia tegur jugak Yang penting siapkan contoh watak. Ye tak? Harap-harap puan editor suka. Amiin.. Doakanlah yang terbaik buat saya ye kawan-kawan...? 

Sekian, wassalaamu~


Daftar dan Dapat $25

Daftar dan Dapat $25
Payoneer berfungsi seperti PayPal. Tapi lebih bagus daripada PayPal sebab boleh dapat duit bila refer orang lain join Payoneer