Patreon Page (Click the image)

Patreon Page (Click the image)
Help Support My Patreon!!

KHAIR (English Version)

KHAIR ( Malay Version)

Showing posts with label comic creative. Show all posts
Showing posts with label comic creative. Show all posts

Thursday, October 8, 2015

Kelas Melukis Kartun dan Mewarna 2015 (Bangi-Kajang)





Klik gambar untuk ke page kami


Group Facebook: https://www.facebook.com/groups/Kelas.Lukisan.Bangi.Kajang/
Kelas Melukis Kartun dan Mewarna

Tempat: 

Ace Learning Center,
24, Jalan 4/11b, 
Seksyen 4 Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor.

Yuran:
RM69 (Termasuk pendaftaran, alat tulis dan yuran pengajian)

Tarikh:
21 November-24 November 2015

Masa:
Sesi pagi (9-11 pagi)
Sesi tengah hari (2-4 ptg)
Sesi petang (5-7 ptg)
Sesi malam (8-10 malam)
** Anda bebas memilih satu sesi untuk anak anda selagi kuota masih ada. Setiap sesi terhad kepada 10 orang pelajar sahaja. 

*Ibu bapa tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
*Setiap pelajar dikehendaki mematuhi masa dan peraturan kelas.
*Umur anak anda perlulah dalam lingkungan 9-14 tahun pada tahun 2015.

Cara pembayaran:
Transfer/Cash deposit ke akaun MAYBANK
Penama: MOHD SHAFIQ BIN MOHD SOM
NO.Akaun: 158314133992

** Bayaran perlu dilakukan untuk booking tempat anak-anak anda.
** Selepas bayaran dibuat, sila hantarkan gambar resit sebagai bukti pembayaran ke Whatsapp: +6011-1120 1660 atau email: joejitakash@gmail.com atau ke mesej Facebook Page: The Comic Geek- Artist/Illustrator
** Selepas pembayaran dibuat dan anak anda tidak dapat menghadirkan diri seperti yang dijadualkan, bayaran tidak akan dikembalikan.

Maklumat yang perlu disertakan:

Nama anak:
Nama Penjaga:
Umur anak:
Jumlah anak yang menyertai kelas:
Bayaran:
Alamat rumah:
No.Telefon:


Print

Wednesday, September 25, 2013

Komik Khair? | Buku Prima | Karangkraf

Assalaamu'alaikum dan salam sejahtera,

Dah lama saya tak tulis apa-apa dalam blog ni. Hanya post gambar je kan? Saya sekarang agak sibuk dengan pelbagai projek yang memerlukan perhatian saya sepenuhnya. Lagi pun sejak bergelar bapak abah ni rasa tak cukup tangan pulak nak buat macam-macam (main Facebook boleh pulak)

Terbaru, saya sedang menyiapkan proposal kahwin komik untuk Buku Prima Karangkraf. Tapi masih dalam peringkat sinopsis sahaja. Walaupun baru tahap sinopsis, saya ingin siapkan konsep lukisan sekali biar editor benar-benar paham dengan apa yang saya cuba lakukan dan meluluskan komik ni untuk diterbitkan. Maklumlah, ni lah kali pertama saya nak mencuba nasib dengan Karangkraf. Tapi editor Buku Prima, Puan Norfilzah memberi maklum balas positif dan sangat membantu meyakinkan saya untuk buat projek ni.

Baiklah, kat sini saya nak reveal sikit la apa yang saya tengah buat kan... huhu 

Saya diminta untuk buat cerita alam persekolahan kerana target pemnbaca saya adalah dari golongan atasan remaja. Tapi pihak editor yang sangat-sangat bermurah hati (kipas bos nampak?) melayan email saya tempoh hari mahukan saya terapkan nilai-nilai Islamik dalam komik saya nanti.

Pada mulanya saya membuat reseach sedikit di internet tentang komik-komik Islamik yang telah terbit di pasaran. Dan nampaknya antara yang mengungguli carta ialah Komik Takaza oleh tuan Sitrahaslee Jamil 


Takaza vol.1




Takaza vol.2



Tapi malangnya komik ni langsung tak de di pasaran area rumah saya. Dah habis rupanya. Jenuh saya bawak motor pergi mencari di Alamanda, Pustaka Rakyat, Warta dan Billion. Langsung takde. 

Last-last saya decide untuk beli dua buah komik yang lain iaitu  Kartini oleh pelukis legenda kita, tuan Tembakau,


Komik-M Kartini

dan juga Komik Misi 8A dari bestseller kita tuan Nazry Salam dan adik beliau Afiq Salam


Komik-M Misi 8A

Saya beli untuk dijadikan rujukan bila saya dah mula melukis komik saya tu nanti. Huhu idea dah ada sekarang ni, tapi saya kagum sangat dengan style lukisan komik Takaza. Tuan Sitrahaslee sangat otai bermain dengan angle dalam lukisan beliau selain ada pengaruh Bleach dan One Piece. Saya memang sukakan kedua-dua komik Jepun tersebut. Hehehe komik Kartini dan Misi 8A juga hebat. Sebab tu saya beli je kedua-duanya.

Oklah, sneak peek watak yang saya dah buat untuk komik saya ni sikit:

Nama komik yang saya cadangkan : Khair
Komik tentang: Alam remaja, cinta, sekolah dan diselit sedikit aksi.
Jenis: Komik berwarna, tak tau lagi berapa halaman.

Watak:


Khair

Ye, saya tau warna serban tu tak kena dengan jubah dia. Isteri fashionista  saya dah tegur tadi. Hahaha! Kalau saya pakaikan baju anak saya warna lain pun dia tegur jugak Yang penting siapkan contoh watak. Ye tak? Harap-harap puan editor suka. Amiin.. Doakanlah yang terbaik buat saya ye kawan-kawan...? 

Sekian, wassalaamu~


Monday, July 15, 2013

komik sains (gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan)

Bismillahir Rohmaanir Rohiim..

Assalaamu'alaikum. Fiq menerima tempahan komik sains baru-baru ini daripada seorang student yang ingin digunakan dalam thesis beliau. Alhamdulillah. Dapat siapkan dalam tempoh yang diberi. inilah hasilnya. Ada lagi satu muka sambungannya. Saja tak nak post.nak bagi contoh je. huhu untuk sebarang tempahan, sila email saya.






Monday, June 24, 2013

Jihad Calling for Syria




Sunday, June 23, 2013

Jerebu dan Azhari

Jerebu atau Kabus Ribut

Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), (10) Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata): Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan. (11) (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!. (12)


Surah Ad Dukhan pada ayat 10-12


Mari kita memohon pengampunan daripada Allah. Semoga dengan rahmat kasih sayang-Nya, diturunkan hujan rahmat dan bukan sebaliknya bala yang pedih teramat. InsyaAllah. Amiin..













Friday, June 21, 2013

Ramadhan Instagram

Ramadhan Kareem



Purity of both thought and action are emphasized whilst fasting. The Prophet Muhammad (pbuh) is reported to have said: “He who does not desist from obscene language and acting obscenely (during the period of fasting),Allah has no need that he does not eat or drink.”. The Prophet (pbuh) also said: “Fasting is not only from food and drink, fasting is to refrain from obscene (acts). If someone verbally abuses you or acts ignorantly toward you, say (to them) ‘I am fasting; I am fasting.”

Ahlan wasahlan yaa Ramadhan!

forever alone

Forever alone?

When we are very sad and we fear of something .... Allah SWT says:

 "Have no fear, for Allah is with us, then Allah sent down His peace upon him and strengthened him with forces which ye saw not and humbled." 

(QS At Taubah, the repentance 9:40)














Thursday, June 20, 2013

Lelaki vs Perempuan


Monday, June 17, 2013

KOMIK "Pork Free"






Sunday, January 20, 2013

KOMIK STRIP KELUARGA AZHARI 1






Tuesday, July 12, 2011

Storyboard to Inking

Assalamu'alaikum semua..kali ni aku buat entry pasal komik pulak. Kat bawah ni contoh je. Baru inking belom masuk kaler lagi. Kat sini sebenarnya aku nk tunjuk kan contoh komik sebagai produk yang korang boleh rencanakan perjalanan plot ceritanya mengikut kehendak korang sendiri. Sebagai contoh kalau korang nk buat komik pendek mengisahkan pertemuan antara korang dengan pasangan masing2 ke, pertemuan yang menguntumkan bibit2 percintaan dihati korang ke kan, ape kata korang cuba pendekatan baru pulak. Pasti hadirin yang datang ke majlis kahwin korang tak merase bosan bila korang buat slideshow dalam bentuk kartun. Menarik kan?  Korang buat je skrip, plot, setting tempat dan serahkan kepada aku untuk mengolahnya dalam bentuk illustrasi komik macam ni. Idak le BORING majlis kahwin korang yang sekali seumur hidup tu je kan dengan kehadiran slideshow komik pendek: KISAH RUMI DAN JULIE, ROMEO AND JULIET, LAILA DAN MAJNUN korang yang di akhiri kisahnya ke jinjang pelamin macam ni. Kadang2 aku tengok ramai pengantin2 sekarang ketandusan idea dalam menonjolkan kelainan dalam majlis masing2. Benda same je selalu. Video kahwin, photoshoot, makan beradab, kompang, karaoke, silat pulut and then-------------> shoot the moon (honeymoon daaa~ =D hehe). Ikut kefahaman aku, perempuan memang nak majlis kahwin dia sebagai majlis yang sangat istimewa buat mereka, betul dak? Sebab pada hari itu merekalah permaisuri. Mereka nak hari tu sebagai Hari Dorang je. Ni bukan condemn tau? Jangan silap paham pulak. Tu memang nature seorang perempuan bila nk bina hidup baru. Perubahan status dari bujang kepada isteri untuk seorang lelaki, dan juga perubahan daripada tubuh langsing bergetah kepada kegemukan dan berat badan yang tak dapat dikawal. Mestila dorang nak abadikan saat2 KEGEMILANGAN DORANG (baca: body tengah hot;muka tengah cun gila;sekali ketik sepuluh yang datang dan tak tua dan tak berjanggut). Biasala tu. Tu yang wajibnya photoshoot dan videography bagai. Tapi sebagai laki, takkan la korang tak nak bagi sumbangan apa2 untuk majlis korang tu? Tu bukan majlis dorang je. Lelaki pun kena amek inisiatif yang kreatif jugak untuk menampak kan betapa romantiknya korang (atau dalam bahasa ibrani nya "jiwang karat" huhahaha). Malangnya korang dah tak tau dah nak buat apa ek?. Idea dah la tandus, kering kontang ibarat padang pasir sahara pulak. Tapi you guys, as a man SHOULD give her a SURPRISE (in this context I mean to show her your romantic side, your romantico de amore) and I GUARANTEE u she will love it=).Trust me! Hehe pekehey plak yob ni tbe2 speaking plak kan? Bak kate orang yob kona2.. Hehe k, back to business. Jadi sekarang, aku nk cerpen kan huraian panjang lebar aku tadi dengan mencadangkan kat korang supaya hadiahkan komik kisah cinta korang yang berjaya ke jinjang pelamin ni. Tak kisah la dalam bentuk slideshow (format Power Point) , dibukukan ke (PDF), atas mounting board ke, buat dewan majlis kahwin tu ala2 galleri seni korang. Pun boleh kan? Idea tu! ni bukan aku hadkan untuk pasangan pengantin je. Lukisan aku boleh ditempah dalam apa saje bentuk yang korang suka. Wedding planner pun aku rase patut try idea ni. Macam pelanggan pertama aku dia mintak aku lukis kartun untuk fridge magnet. Die nk jual dalam bentuk hadiah orang kahwin. Untuk dimasukkan dalam goody bag tu sekali. Fuh! pandai latuuu. Aku nak buat macam tu takde modal lagi. Korang yang dah memang otak bisnes buatla macam tu.. Atau ada nk buat buku mewarna kanak2 ke kan.. Order je kartun kat aku. Aku buat ikut kehendak korang sampai korang betul2 puas hati. Cuma jangan suruh aku lukis kartun orang lain yang dah ade hak cipta sudah le.. Aku ade gak identiti sendiri dalam berkarya. Aku nk juga ketengahkan hasil imaginasi dan lukisan kartun2 aku yang dah diperkasamkan dalam buku latihan sekolah aku sejak sebelum masihi tu lagi. Kasi chance naa?? hehe utagha plak dahh.. lantak r aku ni pun. Maleh layan kerenah diri sendiri... Baik layan contoh komik aku yang belum buh dialog dan masih dalam kategori mengarut ni dulu..



Permulaan kisah, watak bertembung dengan seekor naga di pertengahan jalan yang cuba menghalangnya
Oleh kerana dia mengejar masa, tanpa berlengah hero bangkit semangat pendekar lalu bertarung dengan sang naga

Maka di pancung kepala naga dengan keris sakti besi kursani

Hero meneruskan perjalannya....

Malang tidak berbau. Tak siapa menjangka dalam senyap sunyi alam ada musuh yang berselindung di sebalik pepohonan

Dipanahnya musuh sang hero.. lalu apakah kesudahannya???


Namun berkat ilmu kepahlawanan yang tersemat dalam dada hero, berjaya lah dia mengelak busur panah yang di tuju khas buatnya



Pantang sang pendekar membiarkan musuh tikam belakang. Memang takkan dilepaskan!!! hiaaaarhhhH!!
Dilepaskan Hikmat Pemisah Roh dengan seni keris yang tersimpan rahsia di dalam tabut zaman berzaman..

maka!!!? apakah akan berlaku pada pemanah awek tadi??

to be continued....=p hehe

tak siap lagi la. kang dah siap betul2 dengan kaler,dialog, edit yang kotor2 semua siap, aku post lagi ye?? nantikan kisah seterusnya.. hehe



Cadangan bisnes untuk korang dengan menggunakan kartun aku yang dijual dengan harga berpatutan ni:
1. Kad Kahwin, Kad Bisnes,Kad Raya, Kad Anniversary (Birthday, Hari Ibu Bapa, Valentines)segala jenis kad boleh letak kartun tau.
2. Sticker
3. Fridge Magnet
4. Komik Kisah Cinta Anda dan Pasangan (PDF, Power Point)
5. Doodles untuk Blog
6. Kempen, Logo, Maskot, Penjenamaan
7. Simpanan Peribadi
8. Printing bisnes (Baju, Banner, Banting, kad2, beg, customized wallpaper)
9. Figure untuk student architecture and built environment
10. Buku Kanak2. Illustrasi Kulit buku, Buku mewarna, illustrasi mengajar bersolat, abata, Huruf abjad yang mewakili haiwan ape semua tu.
11.Untuk sebarang tutorial berilllustrasi contoh nak ajar orang masak ke guna kartun, cara pakai tudung ke, cara sembelih binatang korban ke, cara2 membuat tapai berperisa aiskrim soda ke kan.. tak pun nak buat buku pasal gerakan2 silat untuk simpanan murid2.


Harga:

untuk satu illustrasi hitam putih: RM15
Illustrasi berwarna: Rm30 perillustration
yang atas ni harga untuk satu artwork tanpa jalan cerita.


Komik: bergantung pada jalan cerita, hitam putih atau berwarna, setting tempat, jumlah mukasurat. harga seperti pakej di bawah:

Cartoon Black and White- RM 15
Cartoon Colored- RM 30
Comic Black and White- RM 40/page
Comic Colored- RM80/page



Daftar dan Dapat $25

Daftar dan Dapat $25
Payoneer berfungsi seperti PayPal. Tapi lebih bagus daripada PayPal sebab boleh dapat duit bila refer orang lain join Payoneer