Patreon Page (Click the image)

Patreon Page (Click the image)
Help Support My Patreon!!

KHAIR (English Version)

KHAIR ( Malay Version)

Friday, February 17, 2012

KARAKTER CHIBI UNTUK BANNER BLOG

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Update blog Fiq kali ni ialah lukisan kartun chibi untuk saudari Fahriana. Beliau ingin menempah kartun untuk banner blog beliau yang akan menjual tudung dan shawl bermula pada bulan Mac tahun ini. Insya-Allah. Semoga berjaya dengan bisnes tersebut. Aamiiiin.. 


Fiq masih menanti balasan email daripada beliau samada beliau setuju dengan warna karakter ni atau kena adjust lagi sikit-sikit kan. Kalau karakter macam ni Fiq ambil masa 1 hari 1 malam untuk menyiapkannya. Tapi kalau rumit lagi mungkin kena ambil masa lebih lama la.


Untuk karakter berwarna ni Fiq caj RM30 je. Murah sangat dah tu nak berbanding pelukis lain. Hehe.. Saudari Fahriana membuat tempahan sebanyak dua karakter maka "masyuk'" la RM60. Alhamdulillah.. Kena banyak-banyak bersyukur biar Allah berkati rezeki kita. Kalau kita bersyukur, Allah akan buka lagi pintu rezeki kita seluas-luasnya. Allah sayang dengan hamba-hamba Dia yang tahu bersyukur.. kan?


Alright, bagi sape-sape yang nak menempah kartun chibi macam ni dengan Fiq kalau boleh sediakan palet warna yang anda mahu sekali. So, tak lah nanti banyak kali nak di ubah-ubah. Kerja pun cepat je siap. Macam saudari Fahriana, beliau mahukan warna yang sama tema dengan blog beliau. 


Jadi, Fiq guna lah warne pink, purple, ada brown sikit dan grey.

ok tak?


sebelum coloring
 selepas coloring. tadaaaAA!!! ( tiru style joker dalam the dark knight hehe!)


Kalau Fiq dah siapkan lagi satu karakter tu Fiq post lagi ye!? ok, sekian, terima kasih. Assalamu'alaikum! oh, ye.. salam sejahtera juge. =)


3 comments:

  1. comelnya..kaler pn cantik..pndi lukis!

    ReplyDelete
  2. cutenye kartun ni..welcome to http://zizoucity.blogspot.com
    be my follower yup

    ReplyDelete
  3. comel ke cik tom? thanx. tp kene reject and kne redo balik. sbb xkena dgn tema blog customer yang berkenaan tudung muslimah. customer nak yang sopan2 je.. huhu

    ReplyDelete

Daftar dan Dapat $25

Daftar dan Dapat $25
Payoneer berfungsi seperti PayPal. Tapi lebih bagus daripada PayPal sebab boleh dapat duit bila refer orang lain join Payoneer