Links:
Thursday, August 30, 2012
Tuesday, August 28, 2012
Pengalaman di "Suasana Gangnam Raya"
Assalaamu'alaikum warohmatullahi wabarokaatuh, Fiq nak cerita sikit la pasal waktu kitorang rakam video "Suasana Gangnam Raya". Asalnya ACTH memang selalu buat gathering (according to my wife). Banyak video diorang yang Fiq pernah tengok sebelum Fiq jadi menantu keluarga ni lagi.Contoh macam Hari Ibu (untuk Mak Tok a.k.a Oppah Sexy Lady dan anak Oppah Sexy Lady yang dah jadi ibu=p) dan Family Day. Memang keakraban saudara mara diorang Fiq dapat rasa bila tengok video diorang masa tu. Dalam hati ni rasa mesti best bila jadi family diorang nanti..
Bila Fiq mula-mula join gathering, ada majlis potong jambul untuk anak abang dan kakak ipar seminggu lepas lahir. Waktu tu masih awkward lagi nak sembang-sembang dengan diorang sebab majlis tu disekalikan dengan majlis bacaan Yaasin dan berbuka puasa. Tak dapat nak sembang banyak dengan diorang. Ada jugak yang busy tak dapat datang. Malam pulak ada solat terawikh. Nak sembang, masih tak cam saudara mara isteri Fiq ni. maklumlah, ramai sangat diorang ni! huhuhu!
Jadi yang buat andaian kitorang semua tak Islamic adalah salah. Bagi Fiq, ukhuwah kekeluargaan macam ni la contoh yang baik untuk orang sekarang ni. Yang terlompat-lompat menyanyi tu pun sebenarnya baru kali pertama dibuat. Itupun sekadar suka-suka. biasanya diorang berkumpul untuk majlis-majlis Islamic macam Majlis Berbuka Puasa, Hari Keluarga, Hari Ibu, Potong Jambul, Aqiqah... Banyak lagi laa... Kan Islamic tu tuan-tuan dan puan-puan. Lagipun, kami menjaga halal dan haram, jaga adab antara lelaki dan perempuan. Kan bagus tu. Berhenti la daripada memaki perkara yang anda tak tahu ye? Tapi yang tegur elok-elok tu mestilah kami hargai =).
Fiq seronok sangat bila raya baru ni dapat join diorang. Abang Pojie as cameraman (dia la co-founder ManggisTV) buatkan suasana makin meriah. Rupanya my wife cakap memang diorang dah cadang dah nak buat video dan kitorang kena miming/lip-sync lagu-lagu yang Abang Pojie dan Kak Yan pilih. Fiq mana la tau kan.. My wife tak maklumkan . Tapi korang jangan fikir bukan-bukan. Dorang semua bukan pernah dengar lagu Gangnam Style by PSY tu. Abang Pojie download lagu tu waktu nak pergi ke Bukit Beruntung kot...So, sesetengah pendapat di Youtube yang buat assumption kami ni K-Pop Mania adalah tertolak ye...
Kami buat video tu dalam keadaan kami tak tau siapa penyanyi dia pun. Fiq pun Abang Pojie suruh buat, tapi segan sangat. Tak biasa lagi dengan diorang. Mula-mula kena lip-sync sorang-sorang Fiq tak boleh buat, lepas tu Ecah ajak buat sekali. Baru la selamber sikit (Fiq ni pemalu sikit =p). Lepas lagu raya pulak tiba-tiba diorang suruh buat Gangnam Dance pulak!! Adoooi!! hahaha memang tak nak la kalau kena buat depan mak dan ayah mertua.. Pakcik2 Makcik2 pun Fiq tak betul-betul kenal lagi. huhu..
Yang tak bestnya, Fiq tak join diorang sehari sebelum tu. Kalau tak mesti la rase lagi mesra dan selamber. hehehe boleh berGangnam sambil main mercun dengan budak-budak sekalian yang comel.Boleh tolong-tolong masak.. Fiq datang tengah hari waktu raya tu.. Petang sikit dah kena bertolak balik ke Perak. So, sekejap sangat la dapat lepak dengan diorang. Yang bestnya, walaupun sekejap, tetap rasa welcoming dari diorang. Best gila! Sporting habis!
Fiq lukis 3 orang teruna macho anak Mak Jah. hehehe sebab apa? Sebab ramai yang berkenan. Hehehe lagipun Fiq suka part diorang. kamera punya angle pun smart gila. Maklumlah.. Abang Pojie dah otai kot. Diorang pulak menari nmpak enjoy gila. Cool je..
Yang ni parody Pak Cik Hassan. Ada orang komen kat youtube panggil dia Pak Cik Pisau Paris. Sebab? Dia pegang pisau sambil menyanyi dan nyaris2 nak kena Esaq. Lepas tu pakai baju Paris pulak. hahaha gelak aku bace komen orang tu.
Mak Tok/Sexy Lady/Embun Ibrahim. Primadona yang cute! Hehehe..
Idea komik ni bercampur dengan idea dari Bik Intan dan sedara2 lain. hehehe gadis 3.20 siapa? Ne bleh bagitau!!! hahahhaa nak kena usaha la carik sendiri! huhahaha
Like fanpage kami di Facebook:
Saturday, August 25, 2012
Random: Suasana Raya Gangnam Style!
Keluarga baru Fiq yang sporting! Masuk Astro Awani terus sebab trending view kat youtube
(40k views dalam 1 hari!!!)
Ni video asal. Selamat menonton!
My reaction? I was like,...
link kat atas ni ialah facebook production company yg record video kami. Sila like ok!? =)
Friday, August 17, 2012
Final product!!!
Background xfinalize lagi. Fiq siapkan jalan cerita dulu. =)
Nampak macam kalau background putih pun dah ok kan? hehe
Ok, selamat hari raya! Maaf zahir batin.
Wednesday, August 15, 2012
Khalifah Perang in The Making
Assalaamu'alaikum dan salam sejahtera..
Fiq ade projek baru!!! Name projek ni (buat masa ni la) "Khalifah Perang". Tapi masih belum ada storyline lagi. Cuma yg Fiq bayangkan setakat ni Fiq nak buat kisah ni berdasarkan perang akhir zaman/ perang masa depan. Cuma nak olah jalan cerita yang betul2 menarik belum ada idea lagi. Sapa2 yang ada idea nak disumbangkan untuk menjayakan kisah ni, boleh la roger2 Fiq. Dah siap nanti Fiq nak bukukan dan cuba tembusi pasaran komik. InsyaAllah... mane la tau ada editor mane2 majalah or komik berminat nak publish citer ni nanti kan? hehe cita-cita kena ade. Baru la boleh berjaya. Aamin...
Ni sketch mula2 sekali. sambil buat sambil terbayang2 suasana perang yang berteknologi tinggi. cheeewah!!
Inking. Fiq guna drawing pen 0.2 Artline
Ni proposal untuk warna yang mula2 sekali.. Tapi kensel la.. Wife kate kureng.. ciss=p
Khalifah Perang |
Ni final draft. huhu ade nampak mcm style The Dark Knight x? tgok pilihan warna pun ada asas2 warna Joker yang sebelah watak utama tu kan? yang belakang tak siap edit lagi..=p
Ni xkaler pun lagi.. Saboooo.. Buat satu2..=)
k, kalau sapa2 nk sumbang idea, bgtau je.. kalau sesuai, Fiq jadikan storyline!! Komen pleasssssse
Kalau nak komen kat Facebook pun boleh. Klik kat sini
Subscribe to:
Posts (Atom)