Assalaamu'alaikum dan hai,
Hari ni saya nak share teknik saya melukis cover untuk ASUH isu November 2016 atau saya selalu sebut isu November Rain heh! Untuk isu kali ni saya menggunakan manual lukisan tangan untuk sketch dan inking, scanner untuk scan (duh!~), adobe illustrator untuk edit, tracing dan flat color, dan photoshop untuk edit shading dan lighting.
Lukisan kereta ni sengaja saya lukis macam ni sebab nak masukkan element majalah kenangan saya waktu kanak-kanak iaitu Majalah Ujang. Dalam Majalah Ujang banyak kali saya tengok kartunis mereka lukis kereta style macam ni. Jadi kali ni bagi menjentik memori zaman tu, saya tiru style mereka ditambah dengan kepala kucing sebagai logo kenderaan. Saja nak nampak comel. Kena selari dengan tema! Kalau tak, tak cun.
Lukisan buaya dan motor melompat tu pulak saya dapat inspirasi daripada lukisan Akira Toriyama. Lukisan dia banyak tunjuk dinasour kan? Toriyama sensei selalu suka melukis jentera dengan design yang simple dan dynamic dan dilukis seolah-olah sedang dikejar oleh dinasour. Saya sangat suka artwork beliau!
Warna tema pasangan ni ialah warna Joker dan Harley Quinn =P hahahahaha! Joke on you batman!
Kemudian trace dan warnakan dalam Adobe Illustrator. Warna flat sahaja. Warna Flat ni cuma masukkan warna basic. Tak payah shading.
Saya gunakan 4 layer.
1. Layer background
2. Layer kereta
3. Layer motor
4. Layer buaya
5. Layar keinsafan eh?!!
Jadi bila masuk dalam photoshop, lukisan tersebut boleh diwarna secara berasingan. Tu! nampak tak lighting dan shading yang saya dah tambah? Ambik masa dalam 4-5 jam
Edit lighting dan shading layer background pulak
Kemudian tambahkan garisan-garisan cahaya untuk menambahkan efek timbul. Perhatikan setiap layer saya tambah dengan border putih keliling objek. Di bahagian hood kereta dan watak ada garisan2 cahaya.
Sempena maal hijrah baru ni saya letak nombor plat kereta "Hijrah"! Kemudian siap, dan hantar kepada penerbit.
Pihak editor majalah membuat sedikit rombakan (plat HIJRAH kena buang daa...) dan editing. Jadi, inilah hasilnya! Dapatkan dipasaran sekarang okay!?
Sokong saya di Patreon: patreon.com/KHAIR
p/s: alaaa... diorang cut bahagian tayar... huuuuuuuuuuu~