Patreon Page (Click the image)

Patreon Page (Click the image)
Help Support My Patreon!!

KHAIR (English Version)

KHAIR ( Malay Version)

Friday, October 14, 2016

Cara Saya Lukis Cover Asuh November 2016

Assalaamu'alaikum dan hai,

Hari ni saya nak share teknik saya melukis cover untuk ASUH isu November 2016 atau saya selalu sebut isu November Rain heh! Untuk isu kali ni saya menggunakan manual lukisan tangan untuk sketch dan inking, scanner untuk scan (duh!~), adobe illustrator untuk edit, tracing dan flat color, dan photoshop untuk edit shading dan lighting. 




Lukisan kereta ni sengaja saya lukis macam ni sebab nak masukkan element majalah kenangan saya waktu kanak-kanak iaitu Majalah Ujang. Dalam Majalah Ujang banyak kali saya tengok kartunis mereka lukis kereta style macam ni. Jadi kali ni bagi menjentik memori  zaman tu, saya tiru style mereka ditambah dengan kepala kucing sebagai logo kenderaan. Saja nak nampak comel. Kena selari dengan tema! Kalau tak, tak cun. 





Lukisan buaya dan motor melompat tu pulak saya dapat inspirasi daripada lukisan Akira Toriyama. Lukisan dia banyak tunjuk dinasour kan? Toriyama sensei selalu suka melukis jentera dengan design yang simple dan dynamic dan dilukis seolah-olah sedang dikejar oleh dinasour. Saya sangat suka artwork beliau!





Warna tema pasangan ni ialah warna Joker dan Harley Quinn =P hahahahaha! Joke on you batman!


Kemudian trace dan warnakan dalam Adobe Illustrator. Warna flat sahaja. Warna Flat ni cuma masukkan warna basic. Tak payah shading.


Saya gunakan 4 layer.
1. Layer background
2. Layer kereta 
3. Layer motor
4. Layer buaya
5. Layar keinsafan eh?!!


Jadi bila masuk dalam photoshop, lukisan tersebut boleh diwarna secara berasingan. Tu! nampak tak lighting dan shading yang saya dah tambah? Ambik masa dalam 4-5 jam 



Edit lighting dan shading layer background pulak




Kemudian tambahkan garisan-garisan cahaya untuk menambahkan efek timbul. Perhatikan setiap layer saya tambah dengan border putih keliling objek. Di bahagian hood kereta dan watak ada garisan2 cahaya. 


Sempena maal hijrah baru ni saya letak nombor plat kereta "Hijrah"! Kemudian siap, dan hantar kepada penerbit.


Pihak editor majalah membuat sedikit rombakan (plat HIJRAH kena buang daa...) dan editing. Jadi, inilah hasilnya! Dapatkan dipasaran sekarang okay!?


Sokong saya di Patreon: patreon.com/KHAIR

p/s: alaaa... diorang cut bahagian tayar... huuuuuuuuuuu~



Thursday, October 13, 2016

Daftar dan Dapat Duit Dengan Payoneer




Apakah Payoneer?

Payoneer ni sama macam Paypal. Bezanya Payoneer ni lagi memudahkan kerja kita. Tak pening langsung dari segi pendaftaran atau transaksi duit. Dengan mendaftar Payoneer, kita boleh buat kerja untuk orang luar negara atau berniaga atas talian dan mendapatkan bayaran dari semua ceruk dunia. Yang lagi bagus, kita boleh tempah kad debit secara percuma Payoneer yang mana kad ni boleh digunakan juga untuk semua ATM di seluruh dunia. Caranya mudah, tempah dalam akaun Payoneer kita, then kad tu akan sampai dalam seminggu lebih. Kalau nak cepat boleh guna courier tapi dah tak free la.

Kenapa saya mendaftar Payoneer?

Sebab utama adalah saya baru buka akaun Patreon, 99 design, Upwork dan Fiverr. Semua ni adalah platform buat duit secara online untuk freelancer macam saya. Bila kita luaskan sumber pendapatan kita, baru lah mudah nak masuk kan? Tapi, semua ni platform luar negara. Jadi sebarang urusan transaksi perbankan adalah bersifat international. Nak tak nak terpaksalah daftar dengan bank international macam Payoneer ni. Oleh sebab Payoneer ni berdaftar dengan bank dunia jadi kita mudah nak keluarkan duit melalui ATM jika ada kad debit nya. Jangan cakap pasal agenda yahudi. Benda tu kompemlah agenda yahudi. Kita gunakan atas kapasiti kemudahan je. Lagipun Payoneer ni tak caj mahal sangat macam PayPal. I hate PayPal. huhu

Mahu Duit Free?

Mudah je. Click sini---> PAYONEER
Daftar secara percuma
Lepas tu kena verify identity. Kejap je. Guna pasport pun boleh.
Dah siap!

Anda akan dapat $25 sebaik sahaja anda refer kawan anda untuk daftar juga. $25 tu kalau convert dapat RM100. Free2 je dapat takkan taknak kan?

Ok, Terima kasih sudi baca.

Sunday, October 9, 2016

Portfolio Logo Design Oktober 2016
































Harga logo bermula dengan RM200 dan berubah mengikut tahap kerumitan design. 3 pilihan design akan diberi, client perlu pilih satu sahaja. Sebarang perubahan kecil (minor changes) seperti perubahan warna dan text boleh dilakukan jika ada. Major changes seperti perubahan bentuk design daripada asal akan dikenakan caj tambahan.


Cara tempahan:
1. Deposit half sebagai tanda serah kerja
2. Design process
3. Client pilih design yang berkenan
4. Minor changes kalau ada
5. Bayar baki dari jumlah sebenar
6. Design logo akan di email dalam bentuk AI dan PNG (tanpa background)

Maybank: 158314133992
Penama: Mohd Shafiq bin Mohd Som

Contact: 
WhatsApp: 01137055755
Email: joejitakash@gmail.com


Daftar dan Dapat $25

Daftar dan Dapat $25
Payoneer berfungsi seperti PayPal. Tapi lebih bagus daripada PayPal sebab boleh dapat duit bila refer orang lain join Payoneer