Assalamu'alaikum semua..kali ni aku buat entry pasal komik pulak. Kat bawah ni contoh je. Baru inking belom masuk kaler lagi. Kat sini sebenarnya aku nk tunjuk kan contoh komik sebagai produk yang korang boleh rencanakan perjalanan plot ceritanya mengikut kehendak korang sendiri. Sebagai contoh kalau korang nk buat komik pendek mengisahkan pertemuan antara korang dengan pasangan masing2 ke, pertemuan yang menguntumkan bibit2 percintaan dihati korang ke kan, ape kata korang cuba pendekatan baru pulak. Pasti hadirin yang datang ke majlis kahwin korang tak merase bosan bila korang buat slideshow dalam bentuk kartun. Menarik kan? Korang buat je skrip, plot, setting tempat dan serahkan kepada aku untuk mengolahnya dalam bentuk illustrasi komik macam ni. Idak le BORING majlis kahwin korang yang sekali seumur hidup tu je kan dengan kehadiran slideshow komik pendek: KISAH RUMI DAN JULIE, ROMEO AND JULIET, LAILA DAN MAJNUN korang yang di akhiri kisahnya ke jinjang pelamin macam ni. Kadang2 aku tengok ramai pengantin2 sekarang ketandusan idea dalam menonjolkan kelainan dalam majlis masing2. Benda same je selalu. Video kahwin, photoshoot, makan beradab, kompang, karaoke, silat pulut and then-------------> shoot the moon (honeymoon daaa~ =D hehe). Ikut kefahaman aku, perempuan memang nak majlis kahwin dia sebagai majlis yang sangat istimewa buat mereka, betul dak? Sebab pada hari itu merekalah permaisuri. Mereka nak hari tu sebagai Hari Dorang je. Ni bukan condemn tau? Jangan silap paham pulak. Tu memang nature seorang perempuan bila nk bina hidup baru. Perubahan status dari bujang kepada isteri untuk seorang lelaki, dan juga perubahan daripada tubuh langsing bergetah kepada kegemukan dan berat badan yang tak dapat dikawal. Mestila dorang nak abadikan saat2 KEGEMILANGAN DORANG (baca: body tengah hot;muka tengah cun gila;sekali ketik sepuluh yang datang dan tak tua dan tak berjanggut). Biasala tu. Tu yang wajibnya photoshoot dan videography bagai. Tapi sebagai laki, takkan la korang tak nak bagi sumbangan apa2 untuk majlis korang tu? Tu bukan majlis dorang je. Lelaki pun kena amek inisiatif yang kreatif jugak untuk menampak kan betapa romantiknya korang (atau dalam bahasa ibrani nya "jiwang karat" huhahaha). Malangnya korang dah tak tau dah nak buat apa ek?. Idea dah la tandus, kering kontang ibarat padang pasir sahara pulak. Tapi you guys, as a man SHOULD give her a SURPRISE (in this context I mean to show her your romantic side, your romantico de amore) and I GUARANTEE u she will love it=).Trust me! Hehe pekehey plak yob ni tbe2 speaking plak kan? Bak kate orang yob kona2.. Hehe k, back to business. Jadi sekarang, aku nk cerpen kan huraian panjang lebar aku tadi dengan mencadangkan kat korang supaya hadiahkan komik kisah cinta korang yang berjaya ke jinjang pelamin ni. Tak kisah la dalam bentuk slideshow (format Power Point) , dibukukan ke (PDF), atas mounting board ke, buat dewan majlis kahwin tu ala2 galleri seni korang. Pun boleh kan? Idea tu! ni bukan aku hadkan untuk pasangan pengantin je. Lukisan aku boleh ditempah dalam apa saje bentuk yang korang suka. Wedding planner pun aku rase patut try idea ni. Macam pelanggan pertama aku dia mintak aku lukis kartun untuk fridge magnet. Die nk jual dalam bentuk hadiah orang kahwin. Untuk dimasukkan dalam goody bag tu sekali. Fuh! pandai latuuu. Aku nak buat macam tu takde modal lagi. Korang yang dah memang otak bisnes buatla macam tu.. Atau ada nk buat buku mewarna kanak2 ke kan.. Order je kartun kat aku. Aku buat ikut kehendak korang sampai korang betul2 puas hati. Cuma jangan suruh aku lukis kartun orang lain yang dah ade hak cipta sudah le.. Aku ade gak identiti sendiri dalam berkarya. Aku nk juga ketengahkan hasil imaginasi dan lukisan kartun2 aku yang dah diperkasamkan dalam buku latihan sekolah aku sejak sebelum masihi tu lagi. Kasi chance naa?? hehe utagha plak dahh.. lantak r aku ni pun. Maleh layan kerenah diri sendiri... Baik layan contoh komik aku yang belum buh dialog dan masih dalam kategori mengarut ni dulu..
Permulaan kisah, watak bertembung dengan seekor naga di pertengahan jalan yang cuba menghalangnya
Oleh kerana dia mengejar masa, tanpa berlengah hero bangkit semangat pendekar lalu bertarung dengan sang naga
Maka di pancung kepala naga dengan keris sakti besi kursani
Hero meneruskan perjalannya....
Malang tidak berbau. Tak siapa menjangka dalam senyap sunyi alam ada musuh yang berselindung di sebalik pepohonan
Dipanahnya musuh sang hero.. lalu apakah kesudahannya???
Namun berkat ilmu kepahlawanan yang tersemat dalam dada hero, berjaya lah dia mengelak busur panah yang di tuju khas buatnya
Pantang sang pendekar membiarkan musuh tikam belakang. Memang takkan dilepaskan!!! hiaaaarhhhH!!
Dilepaskan Hikmat Pemisah Roh dengan seni keris yang tersimpan rahsia di dalam tabut zaman berzaman..
maka!!!? apakah akan berlaku pada pemanah awek tadi??
to be continued....=p hehe
tak siap lagi la. kang dah siap betul2 dengan kaler,dialog, edit yang kotor2 semua siap, aku post lagi ye?? nantikan kisah seterusnya.. hehe
Cadangan bisnes untuk korang dengan menggunakan kartun aku yang dijual dengan harga berpatutan ni:
1. Kad Kahwin, Kad Bisnes,Kad Raya, Kad Anniversary (Birthday, Hari Ibu Bapa, Valentines)segala jenis kad boleh letak kartun tau.
2. Sticker
3. Fridge Magnet
4. Komik Kisah Cinta Anda dan Pasangan (PDF, Power Point)
5. Doodles untuk Blog
6. Kempen, Logo, Maskot, Penjenamaan
7. Simpanan Peribadi
8. Printing bisnes (Baju, Banner, Banting, kad2, beg, customized wallpaper)
9. Figure untuk student architecture and built environment
10. Buku Kanak2. Illustrasi Kulit buku, Buku mewarna, illustrasi mengajar bersolat, abata, Huruf abjad yang mewakili haiwan ape semua tu.
11.Untuk sebarang tutorial berilllustrasi contoh nak ajar orang masak ke guna kartun, cara pakai tudung ke, cara sembelih binatang korban ke, cara2 membuat tapai berperisa aiskrim soda ke kan.. tak pun nak buat buku pasal gerakan2 silat untuk simpanan murid2.
Harga:
untuk satu illustrasi hitam putih: RM15
Illustrasi berwarna: Rm30 perillustration
yang atas ni harga untuk satu artwork tanpa jalan cerita.
Komik: bergantung pada jalan cerita, hitam putih atau berwarna, setting tempat, jumlah mukasurat. harga seperti pakej di bawah:
Cartoon Colored- RM 30
Comic Black and White- RM 40/page
Comic Colored- RM80/page
email aku: joejitakash@gmail.com