Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 sejak 5 hari lalu terus menimbulkan kebingungan pakar-pakar penerbangan seantero dunia.
Beberapa pakar penerbangan juga tampil mengemukakan teori sebab-sebab kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 10 tahun 11 bulan yang masih remaja itu berdasarkan sejarah yang pernah berlaku sebelum ini.
"Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat."
Namun begitu, kebanyakan anggota MAS melaporkan pesawat itu baru sahaja diselenggara 10 hari sebelum penerbangan tersebut dan dikendalikan oleh juruterbang terbaik dikalangan mereka. Justeru, rekod bersih selama 18,000++ jam itu menolak kemungkinan dari kesilapan juruterbang.
MANUSIA ITU TIDAK PERNAH SUNYI DARI MELAKUKAN KESILAPAN
Bagi saya, sebagai seorang manusia, pasti sesiapa pun akan melakukan kesilapan dan kecuaian. Bila sesuatu perkara tersebut Allah dah tulis di Luh Mahfuz, Hanya Allah sahaja yang berhaq memadamnya. Kita sebagai makhluk Allah yang lemah ini sudah tentu tiada langsung kredibiliti untuk menidakkan segala kemungkinan yang ada.
Pada pandangan saya, peristiwa ini boleh dilihat dari dua perspektif berbeza. Pertamanya dari sudut matrix duniawi dan keduanya matrix ukhrawi. Dari sudut pandang saya ini ingin saya mengaitkan setiap peristiwa yang terjadi ialah bersebab dan ada akibatnya. Bayangkan
sekarang ini, kita dirantau Nusantara adalah merupakan penduduk Islam teramai di dunia melebihi dunia Arab. Andaikata musuh Islam ingin menyerang, pasti mereka merangka strategi yang berkesan untuk melumpuhkan agama Tuhan ini.
sekarang ini, kita dirantau Nusantara adalah merupakan penduduk Islam teramai di dunia melebihi dunia Arab. Andaikata musuh Islam ingin menyerang, pasti mereka merangka strategi yang berkesan untuk melumpuhkan agama Tuhan ini.
2 SEBAB MH370 HILANG
1. PEMBUKA MATA HATI
Dengan pemikiran sebegitu, saya ingin menarik perhatian anda terhadap hadith Nabi berkenaan umat akhir zaman. Seperti yang ramai sudah mewar-warkannya, mata dunia semakin tertumpu kepada kebangkitan Islam dari Timur berdasarkan lisan Nabi yang menyatakan dalam sebuah hadith yang mahsyur,
"Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya: "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya: "Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?". Beliau menjawab: "Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi. "
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan masa (kejayaan/kekuasaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (sebagai iktibar/pengajaran)” (Ali Imran: 140)
Sabda Rasulullah SAW: “Akan terjadi di akhir zaman Islam muncul dari bumi sebelah Timur.” (tersebut di dalam Kitab Sababul Inhithat Al Muslimin oleh Sayid Hasan Ali An Nadwi)
Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa Allah menggilirkan kejayaan dan kejatuhan suatu bangsa dari dulu hingga kini. As Syahid Hasan Al Banna pernah mengatakan; “Kepemimpinan dunia dipegang secara bergilir oleh orang dari Timur dan orang Barat.”
Sejarah telah membuktikan, kejayaan sesuatu bangsa dipergilirkan antara Timur dan Barat, bermula dari bangsa Qibti (Timur), bangsa Yunani (Barat), bangsa Farsi (Timur), Bangsa Romawi (Barat), kemudian bangsa Arab (Timur), dan kini Amerika (Barat) yang sedang menurun pengaruh kekuasaannya hari demi hari. Jika diikuti susunan timur-barat ini, giliran bangsa yang bakal menguasai dunia kini adalah bangsa dari Timur.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum atau selepas, semuanya dalam urusan (jadual) ALLAH. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira dengan pertolongan ALLAH itu". (Ar Rum: 2-4)
Musuh-musuh Islam sudah lama mengkaji Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW dengan bertujuan untuk merosakkan Islam dan nampknya usaha mereka semakin berjaya. Melalui gajet-gajet canggih, media massa, media sosial, peperangan dan sentimen atau ideal memburukkan Islam. Islamophobia adalah terma brainwash mereka buat seluruh manusia untuk membenci agama Tauhid yang benar ini. Bukan sahaja non-muslim, bahkan pemikiran muslimin abad ini dicanai dengan jayanya mengikut acuan liberal dan lantas membenci agama sendiri. Ini kerana terdapat kemungkinan kebangkitan Islam dari Timur itu merujuk tanah Nusantara ini! Untuk menghalang kebarangkalian kebangkitan ini bermula dari sini, mereka sedaya upaya cuba memulakan sesuatu yang aneh melalui penghantaran spy-spy mereka ke sini melalui tragedi ini. Ianya mungkin hanya spekulasi tapi setiap spekulasi berdiri atas dasar keraguan yang tinggi.
Lihat sahaja bagaimana cepat mereka menghantar "bantuan" dengan alasan dua orang bayi dilahirkan di negara mereka adalah penumpang pesawat tersebut. Lihatlah permainan mereka melalui filem-filem mereka. Begitu halus permainan mereka di dalam filem, begitu halus jugalah mereka akan bertindak di dunia realiti. Walaupun mereka tahu betapa lemahnya umat Islam kini, mereka tidak akan membiarkan sebarang kebarangkalian untuk terjadi.
Barangkali kita perlu meneliti kembali apa yang disabdakan Nabi Muhammad SAW kira-kira 1,432 tahun lalu apabila Baginda ditanya oleh sahabat mengenai kekuatan umat Islam masa hadapan di mana Baginda menjawab bahawa umat Islam pada akhir zaman akan menjadikaum majoriti di dunia, tetapi ianya tidak bererti dan tidak menakutkan musuh iaituibarat buih di laut seperti yang diriwayatkan daripada Thauban r.a. yang bermaksud:
“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya,
”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh.Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“
Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Melalui Pesawat MH370 ini Allah SWT cuba menjentik iman kita di dalam hati ini yang kian mati. Andai ada lagi air kehidupan bernama iman, maka titisannya biar menumbuhkan benih keinsafan dan menyuburkan keikhlasan hati seorang hamba. Kita semua sedang di seru untuk kebangkitan itu. Kebangkitan Islam yang kedua dari Timur. Kembalilah pada-Nya tanpa ragu-ragu. Adakah Allah akan membiarkan kita leka di alam fana cinta dunia? Pasti tidak. Inilah renjatan kesedaran dari Illahi untuk menyedarkan kita bahawa Dialah Rabb, Rabbul-Izzati. Tiada Tuhan selain-Nya!
Mari sama-sama kita membuka mata hati kita. Kembalikanlah sunnah Nabi SAW.. Jangan malu untuk menjadi Muslim sejati. Jangan kita menjadi buih-buih di lautan, tetapi sebaliknya jadilah air lautan yang membadai pantai. Pelihara iman kita. KIta gigit iman ini dengan gigi geraham kita dan jangan dilepaskan. Kerana beriman di penghuung nyawa dunia itu ibarat menggengam bara api. Digenggam sakit, dilepas rugi. Jadilah di kalangan tentera Mahdi sewaktu Dajjal membawa segunung roti. Campakkan diri kita ke dalam api yang dibawanya kerana kita pasti aman di Raudhah milik Allah selama-lamanya nanti.
2. BUKTI KUASA DAN KE-ESAAN ALLAH
Dengan tak semena-mena kapal terbang itu tidak dapat di kesan di radar. Ada kemungkinan ianya di rampas atas tujuan havoc dan provoke. Atau mungkin juga digunakan untuk melancarkan perang dunia ketiga. Atau mungkin juga di sembunyikan jin. Atau mungkin juga, Allah meghaibkannya dari pandangan mata kita buat seketika. Kerana apa? Kerana Allah mahu kita mencari Dia. Kembali bermuhasabah, bertaubat dan memohon keampunan serta rahmat-Nya. Bila kita berserah diri, kita akan memanjatkan doa yang tidak putus-putus.
Bagi saya, saya terus terbayang situasi di dalam kapal terbang sekiranya terhempas. Bagaimana kita melalui saat-saat akhir kita bertemu ajal. Terfikir yang kita akan berdepan dengan Malaikat Maut dan di cabut nyawa. Terbayang pedihnya sakaraatul maut. Andai kita berdepan dengan situasi tersebut, pasti kita cepat-cepat bertaubat. Dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, Allah memberi peluang kepada kita untuk mencari kembali Islam yang sebenar dan install ke dalam diri kita dengan segera. Kerana rahmat Tuhan itu terlalu luas. Allah mahu campakkan keinsafan pada diri-diri yang berdosa sebelum kembali menemui-Nya. Subhaanallah!
No comments:
Post a Comment