Patreon Page (Click the image)

Patreon Page (Click the image)
Help Support My Patreon!!

KHAIR (English Version)

KHAIR ( Malay Version)

Wednesday, October 28, 2015

Mural Butik

 Sebelum mengecat, biasanya saya tengok keadaan dinding dan bersihkan permukaan jika terdapat sebarang kekotoran. Kemudian, untuk mengelakkan cat terbabas keluar dari area yang sepatutnya di cat, saya menggunakan masking tape sebagai sempadan/border. Selesai menampal, saya mula melukis design berdasarkan kehendak cutomer. 


 Mural kali ini menggunakan cat Nippon paint khas untuk kayu dan besi. Cat putih dari Nippon Matex. Dan warna hitam ( Night ) dicampurkan bersama putih untuk mendapatkan tona warna berbeza (hue of color).

 Pandangan lebih luas sudut butik. Boleh perhatikan kedudukan mural di pintu masuk dapat menarik perhatian pelanggan yang lalu lalang di luar pintu kaca.

 Konteks kawasan.

Mural sudah 90% siap. Selepas di sapu dengan cat clear, masking tape akan ditanggalkan.


Jika berminat untuk mendapatkan servis mural kami, WhatsApp ke nombor: +6011-1120 1660

Monday, October 26, 2015

Mural Taska Taman Meru Tambahan, Ipoh (22 Oktober 2015)

 Kali ni saya hasilkan mural bertemakan kanak2 muslim dan muslimah atas permintaan Puan Syahirah.

 Cat yang bersepah tu bukan kami punya. Tu kepunyaan pekerja Indonesia yang di upah untuk mengecat dinding Taska dengan 3 warna ceria. Mereka under orang lain.

 Last day buat sampai maghrib sebab esoknya saya ke Bangi.

 Sebelum balik ke bangi, sempat juga la snap barang sekeping dua gambar hasil mural saya ni.
Alhamdulillah siap selepas 4 hari.


 Zoom in pencahayaan dan shading.


 Dah nak balik dah time ni. Lapar gila. Geram je tengok arnab tu nak di buat lauk. hehe..

 Rambut bercahaya disimbahi mentari pagi. Seekor gajah mini mencari air di tepi kali.

 Kebetulan adik saya baru pulang dari kolej. Sempat la meminta pertolongan beliau. Alhamdulillah, Allah permudah.

 End Result,

 Kapal terbang itu bukanlah simbol satu mata dan saya bukanlah penganut amalan illuminati atau karbala. Sebenarnya saya cuba meniru kapal terbang Akira Toriyama (pelukis Dragon Ball). Tapi penyudahnya jadi style sendiri.


 Kapten! Kita akan mendarat! Shiuuuu~ (begitulah imaginasi pelukis bila menggambarkan bagaimana kanak-kanak taska itu nanti akan bermain bila melihat kapal terbang ini,)


 Khalas! Alhamdulillah atas rezeki-Mu ya Rabb dan Terima kasih buat Puan Syahirah yang super sporting dan sudi menggunakan perkhidmatan melukis mural saya. Semoga puan beroleh rezeki yang tidak terkira banyaknya dan dapat buka banyak cawangan taska. Lepas tu puan panggil saya lagi untuk melukis di setiap cawangan puan nanti. Amiin.. hihi

Untuk menempah perkhidmatan melukis mural saya, sila WhatsApp : +6011-1120 1660

Thursday, October 8, 2015

Kelas Melukis Kartun dan Mewarna 2015 (Bangi-Kajang)





Klik gambar untuk ke page kami


Group Facebook: https://www.facebook.com/groups/Kelas.Lukisan.Bangi.Kajang/
Kelas Melukis Kartun dan Mewarna

Tempat: 

Ace Learning Center,
24, Jalan 4/11b, 
Seksyen 4 Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor.

Yuran:
RM69 (Termasuk pendaftaran, alat tulis dan yuran pengajian)

Tarikh:
21 November-24 November 2015

Masa:
Sesi pagi (9-11 pagi)
Sesi tengah hari (2-4 ptg)
Sesi petang (5-7 ptg)
Sesi malam (8-10 malam)
** Anda bebas memilih satu sesi untuk anak anda selagi kuota masih ada. Setiap sesi terhad kepada 10 orang pelajar sahaja. 

*Ibu bapa tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
*Setiap pelajar dikehendaki mematuhi masa dan peraturan kelas.
*Umur anak anda perlulah dalam lingkungan 9-14 tahun pada tahun 2015.

Cara pembayaran:
Transfer/Cash deposit ke akaun MAYBANK
Penama: MOHD SHAFIQ BIN MOHD SOM
NO.Akaun: 158314133992

** Bayaran perlu dilakukan untuk booking tempat anak-anak anda.
** Selepas bayaran dibuat, sila hantarkan gambar resit sebagai bukti pembayaran ke Whatsapp: +6011-1120 1660 atau email: joejitakash@gmail.com atau ke mesej Facebook Page: The Comic Geek- Artist/Illustrator
** Selepas pembayaran dibuat dan anak anda tidak dapat menghadirkan diri seperti yang dijadualkan, bayaran tidak akan dikembalikan.

Maklumat yang perlu disertakan:

Nama anak:
Nama Penjaga:
Umur anak:
Jumlah anak yang menyertai kelas:
Bayaran:
Alamat rumah:
No.Telefon:


Print

Daftar dan Dapat $25

Daftar dan Dapat $25
Payoneer berfungsi seperti PayPal. Tapi lebih bagus daripada PayPal sebab boleh dapat duit bila refer orang lain join Payoneer