Kali ni saya hasilkan mural bertemakan kanak2 muslim dan muslimah atas permintaan Puan Syahirah.
Cat yang bersepah tu bukan kami punya. Tu kepunyaan pekerja Indonesia yang di upah untuk mengecat dinding Taska dengan 3 warna ceria. Mereka under orang lain.
Last day buat sampai maghrib sebab esoknya saya ke Bangi.
Sebelum balik ke bangi, sempat juga la snap barang sekeping dua gambar hasil mural saya ni.
Alhamdulillah siap selepas 4 hari.
Zoom in pencahayaan dan shading.
Dah nak balik dah time ni. Lapar gila. Geram je tengok arnab tu nak di buat lauk. hehe..
Rambut bercahaya disimbahi mentari pagi. Seekor gajah mini mencari air di tepi kali.
Kebetulan adik saya baru pulang dari kolej. Sempat la meminta pertolongan beliau. Alhamdulillah, Allah permudah.
End Result,
Kapal terbang itu bukanlah simbol satu mata dan saya bukanlah penganut amalan illuminati atau karbala. Sebenarnya saya cuba meniru kapal terbang Akira Toriyama (pelukis Dragon Ball). Tapi penyudahnya jadi style sendiri.
Kapten! Kita akan mendarat! Shiuuuu~ (begitulah imaginasi pelukis bila menggambarkan bagaimana kanak-kanak taska itu nanti akan bermain bila melihat kapal terbang ini,)
Khalas! Alhamdulillah atas rezeki-Mu ya Rabb dan Terima kasih buat Puan Syahirah yang super sporting dan sudi menggunakan perkhidmatan melukis mural saya. Semoga puan beroleh rezeki yang tidak terkira banyaknya dan dapat buka banyak cawangan taska. Lepas tu puan panggil saya lagi untuk melukis di setiap cawangan puan nanti. Amiin.. hihi
Untuk menempah perkhidmatan melukis mural saya, sila WhatsApp : +6011-1120 1660
Untuk menempah perkhidmatan melukis mural saya, sila WhatsApp : +6011-1120 1660
No comments:
Post a Comment