Sebelum mengecat, biasanya saya tengok keadaan dinding dan bersihkan permukaan jika terdapat sebarang kekotoran. Kemudian, untuk mengelakkan cat terbabas keluar dari area yang sepatutnya di cat, saya menggunakan masking tape sebagai sempadan/border. Selesai menampal, saya mula melukis design berdasarkan kehendak cutomer.
Mural kali ini menggunakan cat Nippon paint khas untuk kayu dan besi. Cat putih dari Nippon Matex. Dan warna hitam ( Night ) dicampurkan bersama putih untuk mendapatkan tona warna berbeza (hue of color).
Pandangan lebih luas sudut butik. Boleh perhatikan kedudukan mural di pintu masuk dapat menarik perhatian pelanggan yang lalu lalang di luar pintu kaca.
Konteks kawasan.
Mural sudah 90% siap. Selepas di sapu dengan cat clear, masking tape akan ditanggalkan.
Jika berminat untuk mendapatkan servis mural kami, WhatsApp ke nombor: +6011-1120 1660
No comments:
Post a Comment